freeview

Untuk makluman, mulai September 2019, semua siaran televisyen akan bertukar kepada siaran tv digital dalam bentuk HD. Tiada bayaran bulanan yang dikenakan.

Anda semua boleh dapatkan dekoder MYTV di kedai-kedai terpilih. Untuk pengetahuan anda, MYTV akan dipasang di semua Pusat Internet secara berperingkat untuk rujukan masyarakat setempat.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila layari laman web www.myfreeview.tv atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan 1800-18-1088. Anda juga boleh ke Pusat Internet berhampiran untuk maklumat lanjut.