Pada 24 Mei 2017, pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg Merapoh telah mengadakan sesi pengenalan berkenaan dengan dashboard komuniti kepada belia kampung merapoh. Sesi pengenalan dashboard tersebut diadakan selama 2 jam iaitu dari jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang dan dihadiri seramai 12 orang daripada kelab Belia 4B Merapoh. Pengenalan ini dapat membantu para belia dalam menggunakan dashboard komuniti dengan lebih mudah.