Tarikh: 20 MEI 2017 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Dewan Serbaguna Merapoh

Kejohanan sepak takraw ini dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Sri Merapoh dengan kerjasama Parlimen Lipis dan Dun Padang Tengku serta JKKK Merapoh. Format kejohanan ini diadakan secara terbuka dimana semua warga Lipis boleh menyertainya dan dianggotai oleh 4 orang pemain termasuk simpanan. Setiap kumpulan turut dikenankan yuran sebanyak RM40. Hadiahnya juga agak lumayan dimana johan akan menerima wang tunai sebanyak RM300 beserta medal. Manakala naib johan akan menerima wang tunai sebanyak RM200 beserta medal dan tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM100 berserta medal.