MENGHASILKAN DAN MENJUAL TUDUNG JENAMA SENDIRI – SWISH.KL

Nama: Naimah Binti Mat Daud

Umur: 26 Tahun

Ahli: 2014

Latar belakang

Cik Naimah merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Beliau kini tinggal bersama ibu dan bapanya di Kg Berhamah. Menggalas tanggungjawab sebagai anak bongsu, beliau mengorbankan masa beliau dengan menjaga ayahnya yang sakit dan membantu urusan keluarga ketika abang dan kakak beliau keluar mencari rezeki untuk keluarga. Cik Naimah telah mula terlibat dalam perniagaan dengan menjadi dropship dan agent kepada pelbagai produk termasuklah Tudung Kekaboo, Kerepek, manga jeruk dan lain- lain. Selain itu, beliau juga turut mempunyai akaun di carousell dan eBay bagi aktiviit jualan barangan preloved.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mengenali sosok anak muda ini terlihat usaha beliau yang tidak putus asa dalam menjana pendapatan untuk diri dan keluarga. Pada mulanya Cik Naimah memfokuskan kepada jualan offline di mana beliau akan memegang stok dan akan membuat promosi di sekitar Merapoh melalui Group Whatapps dan kenalan-kenalan beliau. Ada waktu di mana jualan beliau tidak mendapat sambutan dan beliau terpaksa menanggung kos dan kerugian akibat terpaksa menyimpan stok yang sudah tidak mendapat sambutan.

Namun beliau tidak patah semangat. Hadir ke PIk Kg Merapoh bagi mendapatkan perkhidmatan Internet dan bimbingan ICT membuka mata Cik Naimah untuk memulakan perniagaan sendiri dengan produk jenama sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Minat dalam dunia perniagaan dan percaya akan kemampuan diri mendorong Cik Naimah untuk memulakan langkah menghasilkan produk tudung jenama beliau sendiri. Idea menghasilkan profuk tudung jenama sendiri tercetus ketika sesi bual bicara bersama petugas PIK Kg Merapoh di mana Naimah mendapatkan bantuan nasihat untuk meningkatkan pendapatan diri.

Tambahan pula, Cik Naimah sedar bahawa sudah tiba masanya untuk beliau cuba mengorak langkah berani di samping mengambil peluang yang tiba. Cik Naimah sedar bahawa pentingnya mempromosikan dan menjual secara atas talian lebih –lebih lagi apabila Pandemik ini. Oleh itu, beliau selalu hadir ke PIK bagi mendapatkan perkhidmatan Internet berikutan di rumah beliau amat sukar untuk mendapatkan sambungan internet. Selain itu, beliau hadir ke PIK juga bagi mendapatkan bimbingan ICT dari petugas dalam menyiapkan rangka promosi dan jualan secara atas talian.

kn 3

kn 6

Cik Naimah sering hadir ke PIK Kg Merapoh bagi mendapatkan perkhidmatan dan bimbingan ICT yang disediakan

AGENT PRODUK SABUN PISANG LIPIS DAN GUA MUSANG

Nama: Nur Izni Binti Tarmili

Umur: 23 Tahun

Ahli: 2014

Latar belakang

Nur Izni bt Mohd Tarmili merupakan anak bongsu daripada 5 adik beradiik. Menamatkan pengajian Diploma Pertanian di UiTM Pahang pada 2016 dan masih mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan jurusan pengajian beliau ketika ini. Beliau agak sukar untuk berhijarah ke tempat lain berikutan kekangan dari keluarga. Nur Izni mengisi masa lapangnya di Merapoh dengan membantu ibu dan kakaknya di warung milik keluarganya. Oleh kerana ibunya telah jatuh sakit, Warung tersebut terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nur Izni merupakan seorang gadis yang kurang keyakinan diri, pemalu dan pendiam terutamanya apabila bersama dengan orang yang baharu dikenalinya. Beliau mula aktif sebagai ahli PI apabila terlibat menjadi Sukarelawan PI untuk Program Hari Bersama. Di sini, beliau mulai sedar bahawa fungsi PI bukanlah hanya tempat untuk mencetak dan menyediakan perkhidmatan internet, malahan PI juga menyediakan pelbagai latihan ICT , keusahawan dan tempat rujukan kepada komuniti setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Nur Izni tidak mempunyai ilmu dan kemahiran dalam perniagaan lebih – lebih untuk menjual sebarang produk dii atas talian. Beliau mempunyai Facebook namun tidak aktif untuk sebarang posting. Oleh kerana keinginan untuk mencari pendapatan dan ingin membantu keluarga, Nur Izni mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan dengan menjadi Agen Sah bagi produk Sabun Pisang oleh ZiraZamer. Dari sini, beliau mula mendapatkan bimbingan dan latihan keusahawanan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan beliau dalam perniagaan. Bermula dengan kelas bimbingan pemasaran di Shopee, seterusnya pengenalan perniagaan di laman sosial iaitu FB, Nur Izni kini semakin yakin mengorak langkah untuk terus meningkatkan lagi jualan dan pemasaran sabun pisangnya. Dari seorang yang pemalu dan pendiam, Nur Izni kini mulai menjadi seorang yang yakin akan kemampuan dirinya setelah mengkiuti latihan dan mendapat bimbingan dari petugas PI Kg Merapoh.

1

2

Nur Izni  aktif mengikuti program dan kelas keusahawanan di PI Kg Merapoh. 

DJAH KUKIS

Nama: Mohd Soleh Bin Zakaria

Umur: 33 Tahun

Ahli: 2018

Latar belakang

Encik Mohd Soleh Zakaria merupakan suami kepada usahawan PI Merapoh iaitu Puan Khadijah yang bersama –sama mengusahakan perniagaan mereka, Djah Kukis. Sebelum berpindah ke Merapoh, Encik Soleh bekerja sebagai Juruteknik di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Oleh kerana ayah beliau jatuh sakit, Encik Soleh mengambil keputusan untuk berpindah dan terus menetap di kampung halamannya di Kg Berhamah, Merapoh. Isteri Encik Soleh iaitu Puan Khadijah amat meminati bidang pembuatan biskut. Pada mulanya, Puan Khadijah mengambil tempahan kuih raya secara kecil-kecilan dari rakan - rakan beliau. Bagi mendapatkan ilmu berkenaan pemasaran, Puan Khadijah selalu mengikuti kelas latihan usahawan pada awal penubuhan PI Merapoh. Namun beliau mengalami kekangan masa dan kesukaran untuk berkunjung ke PI lebih kerap sejak mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil.  Bagi menyokong minat dan usaha Puan Khadijah, Encik Soleh membantu dalam operasi pembuatan biskut raya Djah Kukis. Bermula dari situ, mereka mengorak longkah untuk membesarkan lagi perniagaan dari rumah mereka ini ke pasaran yang lebih meluas ke seluruh negara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan Encik Soleh dan Puan Khadijah sebelum ini banyak tertumpu pada pemasaran secara offline dan berskala kecil. Mereka juga ada meminta bantuan kewangan dan mengikuti latihan keusahawanan PKS dari Risda dan agensi-agensi lain. Bagi meluaskan pasaran produk mereka, Encik Soleh menjadi tulang belakang utama dalam Djah Kukis dengan membantu menghantar stok-stok biskut dan kuih-muih antaranya Kapoit Crispy ke pasaraya-pasaraya sekitar Gua Musang dan Kota Bharu. Oleh kerana mereka melalui cabaran baharu iaitu Pandemik Covid 19 yang menyukarkan mereka untuk menghantar stok secara tidak langsung menjejaskan jualan mereka berikutan para pembeli sukar untuk keluar. Beliau dan isteri mempromosikan produk mereka di laman sosial namun tidak mendapat sambutan yang menggalakan berikutan  tidak mempunyai kemahiran dan teknik yang betul bagi mempromosikan di laman sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi mengatasi cabaran dalam menghadapi Pandemik Covid 19 yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada perniagaan Djah Kukis, Encik Soleh tampil menghadiri Kursus Bimbingan Shopee di PI Kg Merapoh bagi mendapatkan bimbingan secara langsung cara untuk mempromosikan dan menjual produk Djah Kukis di platform atas talian. Di dalam Kursus ini, beliau mempelajari cara untuk membuat dan mengemaskini  profil kedai secara atas talian, memuatnaik produk, menguruskan pesanan dan lain-lain. Selain itu, bagi meningkatkan lagi kemahiran ICT di dalam diri, Encik Soleh juga mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih berkesan dan menarik serta membuat posting yang boleh mendapatkan engagement dari rakan-rakan media sosial yang lain.

bengkel soleh 2

Encik Soleh mendapatkan bimbingan untuk menjual produk di atas talian

produk soleh

Diantara produk yang dihasilkan oleh Djah Kukis

Nama: Rahimatun Husna Binti Saharuddin

Umur: 18 Tahun

Ahli: 2013

Latar belakang

Rahimatun merupakan antara yang terawal mendaftar sebagai ahli PI Kg Merapoh semenjak PI Kg merapoh ditubuhkan. Walaupun telah lama mendaftar sebagai ahli PI, beliau bukanlah pengunjung yang selalu menggunakan perkhidmatan PI. Di usia beliau kini iaitu 18 tahun, rakan-rakan beliau sedang sibuk memilih Institusi Pengajian Tinggi untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi, namun tidak bagi beliau. Rahimatun hanya menghabiskan pendidikan di tahap sekolah rendah sahaja dan tidak sempat menghabiskan pendidikan sekolah menengah memandangkan masalah peribadi yang dihadapi. Disebabkan itu, beliau banyak menghabiskan masanya di rumah sahaja. Bagi mengelakkan Rahimatun ketinggalan jauh kebelakang, ibunya iaitu Puan Hasliza yang juga merupakan usahawan PI Kg Merapoh telah memberikan dorongan kepada anaknya itu untuk ke PI Kg Merapoh bagi mempelajari dan meningkatkan kemahiran ICT yang semakin penting masa kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum hadir ke PI, kebanyakkan masa Rahimatun dihabiskan dengan hanya duduk di rumah kerana beliau tidak bersekolah. Beliau banyak menghabiskan masa dengan hanya membantu ibunya yang berniaga secara kecil-kecilan di rumah. Selain itu, tahap pengetahuan ICT Rahimatun sangat terhad dan beliau tidak pandai dalam menggunakan komputer. Beliau ketinggalan jauh dalam pelajaran berbanding dengan rakan-rakan seusianya yang lain yang mana ada yang telah menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tambahan lagi, beliau juga bersikap pemalu dan pendiam kerana tidak mempunyai ramai kawan. Disebabkan itu, ibunya, Puan Hasliza sangat risau akan keadaan beliau untuk kehidupan masa akan datang seterusnya mendorong Rahimatun supaya meningkatkan kemahiran ICT di PI Kg Merapoh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI serta latihan yang berterusan, tahap kemahiran ICT Rahimatun semakin meningkat. Beliau semakin mahir dalam menggunakan beberapa perisian dalam komputer. Kemahiran menaip juga semakin meningkat melalui aplikasi menaip atas talian disamping dengan latihan berterusan  yang dilakukan setiap kali beliau hadir ke Pusat Internet.  Selain itu, beliau juga semakin mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office 2010 iaitu MS Word, MS Powerrpoint, MS Excel dan MS Publisher. Dengan peningkatan kemahiran dalam menggunakan komputer, tahap keyakinan Rahimatun juga semakin meningkat. Sikap pendiam dan pemalu juga sudah dapat diatasi dan menjadikan beliau lebih yakin untuk bergaul dengan rakan-rakan seusianya yang lain. Tambahan lagi, Rahimatun juga dapat mengaplikasikan kemahiran ICTnya sekiranya beliau ingin bekerja suatu hari nanti memandangkan beliu sudah tidak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

1

Kelas MS Power Point yang disertai

2

Rahimatun sedang mempelajari cara membuat carta menggunakan MS Excel

 

LATIHAN SECARA DIGITAL BERSAMA USAHAWAN SEKITAR MERAPOH SECARA DIGITAL PASCA PKP

Nama: Para Usahawan Kampung Merapoh

Umur: 30-40 Tahun

Latar belakang

Perintah Kawalah Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membasmi penularan Covid 19 telah menyebabkan ramai usahawan terjejas sumber pendapatan. Bagi membantu usahawan sekitar Merapoh menyesuaikan diri dan perniagaan dengan Noma Baharu, PI Kg Merapoh telah bekerjasama dengan Encik Muhammad dan Encik Pazi dari Varog Training And Consultancy bagi melaksanakan Latihan eUsahawan secara digital khas kepada Usahawan Merapoh. Latihan ini memfokuskan kepada usahawan cara untuk mempromosikan perniagaan/produk di laman FB dengan teknik pengiklanan dan Copywriting yang betul.Tambahan pula, latihan ini memberi peluang kepada usahawan Merapoh untuk menambahkan kenalan baharu dengan penglibaan usahawan dari Sabah dan Sarawak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum Latihan eUsahawan ini berlangsung, ramai Usahawn sekitar Merapoh hilang sumber pendapatan berikutan premis mereka tidak dapat beroperasi dan ada juga yang kehabisan stok produk serta sukar untuk keluar bagi urusan perniagaan. Hal ini menjadikan mereka tertekan dan tidak dapat menemui kaedah yang tepat bagi mengatasi masalah ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Latihan eUsahawan ini dilaksanakan, usahawan Merapoh mendapat keyakinan dan mula mengorak langkah baharu pasca PKP bagi meneruskan perniagaan dan jualan mereka. Mereka mulai menjadikan laman sosial sebagai platform untuk pengiklanan memandangkan ketika ini, ramai prospek melayari FB bagi mendapatkan informasi dan bersosial. Selain itu, usahawan Merapoh juga mulai mengiklankan produk jualan mereka dengan teknik yang betul iaitu dnegan penggunaan gambar dan video yang menarik perhatian prospek. Tidak dilupa juga, dengan penggunaan ayat copywritig yang menarik, produk jualan mereka mulai mendapat tempahan dari rakan Fb.

KELAS ONLINE 3

kelas online

Kelas online yang dijlankan semasa PKP