Latar Belakang
Sebelum ini, PI Kg Merapoh mengambil inisiatif dengan menubuhkan group Whatapps ‘Iklan Jualan Merapoh’ yang memfokuskan para usahawan Merapoh untuk mempromosi dan menjual produk mereka kepada komuniti Merapoh. Group Whatapps ini telah mendorong ramai usahawan terutamanya para isteri yang tidak bekerja untuk menjana pendapatan mereka melalui khidmat Cash On Delivery (COD). Darpiada maklum balas yang diterima, ramai yang ingin menyertai group whatapps ini. Namun, seperti yang kita ketahui, group whatapps ini amatlah terhad untuk ahli yang ingin menyertainya dan mempunyai bebebrapa kekangan yang lain untuk para usahawan mempromosi produk mereka secra aktif. Atas permintaan ramai, Petugas PI menubuhkan Page FB ‘IKLAN JUALAN GUA MUSANG-MERAPOH-KUALA LIPIS’
Page ini bertujuan melebarkan lagi sayap perniagaan para usahwan tempatan kepada permintaan yang lebih meluas dari Gua Musang-Merapoh-Kuala lipis. Selain daripada itu, para usahawan juga dpat mempromosi produk dan khidmat mereka secara meluas lagi kepada ahli fb yang tidak terhad jumlahnya. Dengan tertubuhnya page ini dapat membangkitkan para usahawan yang tidak berani atau tidak tahu cara untuk mempromosi produk secra cepat dan berkesan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
mereka masih di takuk lama, berniaga di sekitar rumah,menanti pelanggan yang lalu lalang di hadapan rumha huntuk membeli jualan mereka terutama yang menjual makanan ringan seperti pisang goreng, air batu campur, makanan panas dan lain-lain lagi. Oleh itu, petugas PI Merapoh telah menjemput mereka mengikuti kelas keusahawanan online, ICT untuk membantu mereka meningkatkan/memperkembangkan perniagaan mereka.Petugas PI juga membbantu mereka meluaskan perniagaan dengan mewujudkan group whatsapp dan penjualan secara COD serta yang terkini mempromosi secra aktif di laman ‘IKLAN JUALAN GUA MUSANG-MERAPOH-KUALA LIPIS’ sebagai ganti atas kekangan yang terdapat di group whatapss
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas dan bimbingan PI Merapoh, kini peniaga Merapoh telah dapat mempromosikan jualan dengan rancak melalui laman page di Fb dan penghantaran produk secara COD secara lebih meluas memandangkan laman fb ini telah mendapat perhatian dari warga Gua Musang hingga ke Kuala Lipis. Setelah dibimbing oleh petugas PI, para usahawan yang telah menapak sejak penubuhan group whatapps telah mula memgembangkan perniagaan mereka dengan lebih meluas dan lebih teratur, manakala sejak penubuhan laman facebook ini telah menarik ramai usahwan yang baru bermula dari Gua Musang- Merapoh- Kuala Lipis untuk mencari pasaran kepada produk atau khidmat mereka. Natijahnya, ini dapat mempromosi PI kepada komuniti dan pelbagai khidmat yang disediakan oleh PI kepada komuniti yang selama ini tidak sedar mereka boleh mendapat manfaat darinya. Contohnya, melalui maklum balas yang diterima, ramai yang mula berminat untuk menghadiri kelas keusahwanan PI.
http://kgmerapoh.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=40#sigFreeId9b633f6a13
.
MENYIAPKAN TUGASAN DENGAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN IT DI PI MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM TEKNOLOGI
Nama: Nohazliza Aina Binti Hamidan
Umur: 11 Tahun
Ahli: 2016
Latar Belakang
Nohazliza Aina berumur 11 tahun merupakan pelajar sekolah rendah kebangsaan Merapoh. Ibu beliau bekerja di kantin SMK Merapoh manakala ayahnya melakukan kerja kampung. Beliau sememangnya dikenali sebagai ahli PI yang rajin datang ke PI setiap petang untuk membuat kerja sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya beliau dan rakan-rakan yang lain menyiapkan kerja sekolah di meja yang disediakan oleh PI. Namun segalanya berubah setelah diperkenalkan oleh petugas PI untuk menerokai software yang terdapat di dalam computer yang boleh memudahkan dan membantu beliau dan rakan-rakanya untuk menjadikan kerja sekolah dan tugasan mereka lebih menarik. Selain daripada itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan laman web pendididkan seperti pencil.my yang menbantu meningkatkan kefahaman belaiu di dalam pelajaran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI , kini beliau menghabiskan masa petang beliau dengan menyiapkan kerja sekolah dengan menggunakan Microsoft Office 2010 dan membuat latihan ulangkaji melalui laman web pencil.my dan juga EduWebTv secara online. Dari respon yang diterima, para guru gembira kerana kanak-kanak seusia beliau sudah mampu menyiapkan kerja sekolah dengan menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan di PI dan telah menggalakkan rakan-rakan lain untuk turut sama mealngkah ke hadapan dengan bantuan teknologi.
Contohnya, Aina mencari maklumat dengan menggunakan internet dan juga melalui laman sesawang Youtube dan software Microsoft Office seperti Word dan Publisher dalam menyiapkan tugasan buku skrap, dan menghias sudut bacaan di dalam kelas. Secara tidak langsung, kemahiran menaip dan menggunakan computer Aina turut meningkat dan semakin baik dari dahulu.
http://kgmerapoh.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=40#sigFreeId5e36bdb600