TAKLIMAT eREZEKI MEMBUKA MATA KOMUNITI SETEMPAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA DIGITAL

Latar Belakang

Sebelum ini, PI Kg Merapoh mengambil inisiatif dengan menubuhkan group whatappas ‘Iklan Jualan Merapoh’ yang memfokuskan para usahawan Merapoh untuk mempromosi dan menjual produk mereka kepada komuniti Merapoh. Group Whatapps ini telah mendorong ramai usahawan terutamanya para isteri yang tidak bekerja untuk menjana pendapatan mereka melalui khidmat COD. Namun, bagaimana pula dengan komuniti yang tidak mempunyai produk sendiri atau yang tiada asas atau sedang mencari modal unutk membuka perniagaan sendiri? Oleh kerana itu, PI Kg Merapoh mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada komuniti dalam menjana pendapatan secara digital melalui penglibatan mereka dalam eRezeki. Seperti yang diketahui, eRezeki merupakan salah satu usaha kerajaan bersama MDEC dalam membantu rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan pelusuk negeri menjana pendapatan melalui platform digital.

          Mendapat kerjasama dari petugas PI Gua Musang iaitu Encik Fadil untuk menjalankan taklimat penerangan eRezeki membuka mata peserta yang hadir rata-ratanya ialah suri rumah, dan belia yang masih tidak mempunyai pekerjaan tetap dan masih mencari pekerjaan yang boleh menjana pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Komuniti setempat terutamanya suri rumah dan belia bergantung kepada kerja kampung iaitu menoreh getah, berkebun, berniaga kuih secara kecil-kecilan dan sebagainya untuk mencari rezeki. Kebanyakan dari mereka mempunyai asas-asas dalam penggunaan internet namun hanyalah tertumpu kepada penggunaan whatapps, facebook dan email shaja. Mereka juga hanya menggunakan platform tersebut untuk berhubung dan berniaga secara COD.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Selepas penglibatan PI dan mengikuti kelas dan bimbingan eRezeki di PI KgMerapoh, kini para peserta mulai sedar akan penggunaan internet jika digunakan dengan sebaiknya sehingga boleh mebantu mereka dalam menjana pendapatan secara digital dengan hanya di hujung jari mereka sahaja. Diantaranya mereka boleh mencari kerja sampingan melalui senarai kerja kosong yang terdapat di laman web erezeki, atau melalui tugasan mikro secra digital. Selain daripada itu, para peserta juga boleh menuntut ilmu secara digital yang boleh membantu mereka cara untuk menjana penadapatan secra online melaui aplikasi-aplikasi yang disediakan seperti aplikasi Manis, paypal, moocash dan sebagainya. Di laman web eRezeki ini, ia memberi penerangan kepada peserta yang telah mendaftar apakah keperluan yang diperlukan, cara dan apakah kelebihan jika menggunakannya.

          Selepas taklimat eRezeki ini dijalankan, banyak respon positif yang diterima. Para peserta yang hadir berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain dan mereka ama berminat untk sertai taklimat eRezeki yang seterusnya. Ada diantara mereka telah mula memuat turun aplikasi seperti manis dan sebagainya. Kini, mereka telah sedar akan penggunaan internet secara meluas dan jika digunakan dengan sebaiknya akan dapat membantu mereka dalam menjana pendapatan samapingan walau mereka hanya berada di luar bandar.

22752417 1812794648766011 1480887026 n

Para peserta (diantara komuniti kg Merapoh) mengikuti taklimat eRezeki yang disampaikan oleh Pengurus PI Gua Musang

22773503 1812794475432695 2129781041 n

Antara peserta yang hadir

DARI SURIRUMAH KINI MAMPU MEMBUKA GERAI JUALAN

Nama: Robiah Binti Ismail

Umur: 39 Tahun

Ahli: 2016

Latar Belakang

Robiah Ismail atau lebih dikenali sebagai Kak Ruby merupakan salah seorang dari usahawan yang telah mendaftar dengan PI Kg Merapoh. Beliau seorang surirumah dan suaminya hanyalah bekerja sebagai guide ke Gunung Tahang jika diperlukan. Dikurniakan 6 orang Cahaya mata memerlukan Kak Ruby dan suami mencari alternatif tambahan dalam mencari sumber rezeki.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau mengenali PI Merapoh, beliau hanya berada di rumah menguruskan rumah tangga. Beliau juga menjual secara kecil-kecilan kuih-muih berdekatan rumah beliau dan gerai beliau hanya dibuka jika beliau mempunyai modal atau kesempatan masa. Selain daripada itu,  Kak Ruby hanya menggunakan kemudahn Wifi Komuniti untuk membuka facebook sahaja. Selain daripada itu, beliau tidak berani mencuba sesuatu yang baru dalam bidang perniagaan kerana tidak berani mengambil risiko.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengenali PI Merapoh, mendaftar menjadi ahli PI, beliau membina keyakinan untuk keluar dari zon selesa beliau di rumah dengan mengaktifkan diri dengan setiap program yang dijalankan di PI kg merapoh. Diantaranya kelas usahawan, kela computer, program dashboard komuniti, program erezeki  dan sebagainya. Beliau percaya jika beliau tidak mengambil peluang yang disediakan oleh PI, dan perbaiki kemahiran diri, beliau tidak akan mampu untuk perbaiki taraf kehidupan beliau sekeluarga. Oleh itu, sepanjang pengenalan dengan petugas PI kg merapoh, beliau tidak malu untuk bertanya dan mencari ilmu baru dalam bidang usahawan dengan bagaimana cara untuk mempromosikan produk kecantikan yang beliau jual disamping mencari produk beliau sendiri untuk dijual

          Beliau juga kini semakin berani mengorak langkah dalam membuka gerai di dataral pasar merapoh dengan berniaga kuih-muih dan pisang goreng bagi menampung sara hidup bagi keluarganya memandangkan ketika ini suaminya tidak bekerja. Tambahan pula, selepas menghadiri taklimat erezeki baru baru ini, beliau mulai yakin dengan menggunakna internet dengan sebaiknya dapat membantu beliau mencari pendapatan tambahan buat keluarga. Beliau juga aktif memasarkan kuih muih jualan beliau di laman whatapps dan bersemangat dalam mempelajari tips –tips berkesan cara memasarkan produk melalui internet. Tambhan pula, beliau sudah mulai sedar kepentingan jualan di atas talian dalam mempromosikan produk jualan beliau yang boleh menjana pendapatan harian beliau dengan lebih baik. 

5

Kak Ruby (bertudung coklat) ketika sesi kelas dan bengkel penernagan MyShop di PI kg merapoh

6

Kak Ruby di gerainya yang baru dibuka 2 bulan lepas dengan memfokuskan kepada jualan kuih muih dan air minuman di dataran pasar Merapoh

DARI PERMAINAN ONLINE KEPADA MINAT TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT SEAWAL 8 TAHUN

Nama: Mohd Nafiz Mikael

Umur: 10 Tahun

Tahun: 2016

Latar Belakang

Mohd Nafiz Mikael berumur 8 tahun ketika mendaftar menjadi ahli PI Kg Merapoh. Sebelum itu, beliau mendaftar menjadi pelawat sahaja dan hanya datang ke PI hanya untuk mengisi masa lapang beliau di petang hari atau cuti sekolah dengan bermain games di fb sambil dipantau oleh petugas. Namun segalanya berubah setelah beliau semakin hari semakin meminati bidang teknologi setelah mendapat motivasi dan galakan daripada petugas tentang permainan online yang boleh beliau pelajari dan mencipta sendiri ‘brand’ permainan beliau di masa hadapan. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Merapoh dan mempunyai latar belakang keluarga yang amat menitikberatkan pembelajaran sedikit sebanyak memdorong nafiz untuk menerokai dunia di sekitar beliau  yang belum pernah beliau ketahui. Bermula dari itu, beliau mula terlibat dengan program serta kelas computer di PI secra aktif.

          Hasil dari kelas kemahiran computer dan program literasi digital pi1m, beliau sudah mampu untuk menggunakan Microsoft Office seperti Word, Powerpoint Publisher (untuk membuat kad  ucapan), serta software Paint.  Selain daripada itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan laman web pendididkan yang interaktif seperti abcya.com dan gamestolearnenglish.com yang menbantu meningkatkan kemahiran beliau terutamanya dalam Bahasa English dan matematik. Sejak dari itu, setiap kali masa lapang, beliau akan datnag ke PI untuk  meningkatkan kemahiran computer beliau dengan mencuba dan meningkatkan kemahiran dalam software Paint, Microsoft Office 2010 dan lain-lain. Belaiu juga tidak malu untuk bertanya pada petugas tentang ilmu computer yang boleh beliau pelajari luar dari kelas computer yang disediakan oleh pi1m setiap kali beliau menghadapi masalah . Kini sedikit demi sedikit, beliau sudah maju setapak berbeza dari rakan-rakan seusia beliau dalam penggunaan internet dan computer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nafiz tidak tahu menggunakan computer dengan betul dan selalu meminta bantuan petugas untuk membuka laman web pendidikan, abcya.com, youtube dan lain-lain. apabila masih belum biasa menggerakan mouse untuk klik pada butang yang sepatutnya beliau juga hanya menjadikan PI sebagai pusat untuk bermain permainan di facebook serta melayari laman web youtube  (dipantau oleh petugas) dan masa beliau juga banyak dihabiskan pada laman web bukan pendidikan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI , kini beliau bukan sahaja semakin mahir menggunakan komputer malahan semakin baik  dalam mencari maklumat di internet. Walaupun ketika itu beliau hanya di bersekolah rendah, namun, beliau sudah mampu menaip dan mencari maklumat lebih baik dari rakan seusia beliau. Selain itu beliau juga sudah mampu menggunakan Microsoft Office seperti Publisher, Powerpoint dan software Paint. 

1

Nafiz (hadapan) tidak pernah terlepas untuk mengikuti setiap program dan kelas yang dianjurkan oleh PI

 

2

Nafiz semakin lama semakin mahir menggunakan enjin carian google untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya

 

PI KG MERAPOH SEBAGAI MEDAN MENCARI ILMU TAMBAHAN

Nama: Mohd Haidar Bin Suip Khan

Umur: 9 Tahun

Ahli: 2014

Latar Belakang

Mohd Haidar berumur 6 tahun ketika mendaftar menjadi ahli PI Kg Merapoh. Ketika itu, beliau tiada kemahiran dalam menggunakan computer. Ibunya yang tidak bekerja manakala ayahnya tidak tetap pekerjaan di bandar sedikit sebanyak mendorong beliau untuk mengikuti setiap kelas dan aktiviti di PI. beliau seorang yang pendiam, pemalu tetapi seorang yang mudah peramah, ceria dan suka membantu jika mengenali beliau dengan lebih rapat. Berada dalama keadaan keluarga yang mempunyai masalah kewangan memaksa Haidar tidak ke sekolah. Oleh itu, di PI Kg Merapoh banyak memberi pengetahuan dari sudut IT ketika beliau tidak dapat hadir ke sekolah.

          Sebelum menyertai kelas dan program di PI, beliau datang hanyalah untuk melayari laman web youtube untuk melihat kartun kegemaran beliau ditemani abangnya atau ibunya. Hasil dari pemerhatian, pertanyaan dan tunjuk ajar terutamnya dari petugas PI Kg Merapoh, beliau sudah mampu menaip, menggerakkan mouse dan mencari laman sesawang yang dikenhdaki. Hari demi hari, dengan minat yang tinggi dalam menuntut ilmu dan selalu hadir ke setiap program dan kelas anjran PI1M, beliau sudah mampu untuk menggunakan Microsoft Office seperti Word, Powerpoint Publisher (untuk membuat kad ucapan), serta software Paint. kini sedikit demi sedikit, beliau sudah maju setapak berbeza dari rakan-rakan seusia beliau dalam penggunaan internet dan computer. Selain daripada itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan laman web pendididkan yang interaktif seperti abcya.com, UPTOTEN dan gamestolearnenglish.com yang menbantu meningkatkan kemahiran beliau terutamanya dalam Bahasa English dan matematik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Haidar tidak tahu menggunakan computer dengan betul apabila masih belum biasa menggerakan mouse untuk klik pada butang yang sepatutnya.beliau juga hanya menjadikan PI sebagai pusat untuk melayari laman web youtube dan meminta abang atau ibunya untuk membuka rancangan kartun kesukaan beliau. Masa beliau di PI juga banyak dihabiskan untuk menonton rancangan di youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI , kini beliau mahir menggerakkan mouse dan mencari maklumat di internet. Walaupun ketika itu beliau hanya di Tadika, namun, beliau sudah mampu mengenal, menulis(menaip) dan menyebut nombor serta huruf hasil dari tunjuk ajar tidak langsung dari petugas setiap kali datang ke PI melalui pembelajaran online seperti abcya.com, gamestolearnenglish dan Youtube . beliau juga sudah mampu menggunakan Microsoft Office seperti Publisher, Powerpoint dan software Paint. Selain daripada itu, kemahiran dalam Bahasa inggeris beliau juga semakin bertambah baik kerana kehadiran dan penglibatan yang sangat baik dari beliau untuk program Kelas English bersama Sukarelawan Ecoteer

1

Haidar gembira dapat menuntut ilmu ICT di PI

 

2

Haidar gembira dapat berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain

KELAS USAHAWAN INTEL(PENGURUSAN KEWANGAN) TELAH MEMBANTU PARA USAHAWAN DALAM BIDANG PENGURUSAN DAN PERANCANGAN KEWANGAN DI DALAM PERNIAGAAN

Nama: Usahawan Kg Merapoh

Latar Belakang

Kelas Usahawan Intel yang telah diadakan telah memberi ilmu baharu kepada para usahawan Kg Merapoh dalam pengurusan dan perancangan perniagaan mereka. Jika sebelum ini, mereka lebih memfokuskan kepada promosi dan jualan, kini dengan kelas yang memfokuskan kepada pengurusan wang dan kewangan para usahawan Kg Merapoh sudah mula berani dan mula mengambil inisiatif dalam mengembangkan perniagaan mereka. Didalam kelas Intel (Pengursan wang dan Kewangan), petugas PI1M mendedahkan kepada para usahawan tentang jenis-jenis asset, liability (hutang), modal. Selain daripada itu, petugas juga mendedahkan kepada para usahawan ilmu tentang cara untuk merekod duit masuk dan keluar bagi perniaggan dan mmbuat penyata kira-kira untuk perniagaan. Tambahan pula, petugas juga mendedahkan kepada para usahawan tentang kepentingan pengurusan wang secara teratur dan tepat serta kegunaanya di dalam perniaagan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Para usahawan hanya memfokuskan kepada promosi dan jualan produk di fb dan group whatapps tanpa mengambil kira pentingnya pengurusan kewangan yang sistematik dan tepat di dalam perniagaan. Ada diantara usahawan membuat rekod duit masuk namun tiada rekod untuk duit keluar. Ada juga usahawan, yang mencampuradukkan duit perniagaan dengan duit peribadi dan ada juga usahawan tidak membuat rekod langsung. Selain daripada itu, para usahawan juga takut dan tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan dana dalam mengembangkan lagi perniaagaan mereka. Oleh kerana itu, mereka menghadapi dan menanggung kos-kos dan risiko  pengeluaran yang melebihi kemampuan perniaagan mereka.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti Kelas Usahawan Intel (Pengurusan Wang), para usahawan Kg Merapoh telah mula sedar akan kepentingan perekodan duit msuk dan keluar di dalam perniagaan. Mereka telah mula mempelajari bahawa kewangan yang teratur di dalam perniagaan amatlah penting terutamanya di dalam membuat keputusan dan permohonan dana tambahan kerana pihak pemberi peminjam akan melihat pertumbuhan perniaagan mereka melalui rekod kewangan perniagaan mereka.  Contoh terdekat boleh dilihat pada salah satu usahawan PI Kg Merapoh iaitu  pengusaha kedai kek Sister’s Bakery, iaitu Kak Nani di mana beliau sudah mula melangkah setapak atas tujuan pembesaran premis beliau dengan  memohon pinjaman  dari Agrobank (untuk usahawan bumiputera), dan permohonan dana dari Yb Dato Abdul Rahman, Ahli Parlimen Lipis. Sebelum kelas pengurusan wang ini dijalankan, Kak Nani tidak tahu dan takut untuk memohon pinjaman dan dana. 

1

Petugas memberikan penerangan tentang Pengurusan Kewangan kepada para usahawan

 

2

Para usahawan khusyuk mendengar penerangan yang diberikan