SENTIASA ADA PELUANG KEDUA (KELAS ICT BERSAMA AADK)

Nama: Orang Kena Pengawasan (OKP)

Ahli: 2018

Latar belakang

Terjebak dengan najis dadah amat memberi kesan terhadap kehidupan segelintir belia Kampung Merapoh dan sekitarnya.Kebanyakkannya bermula akibat pengaruh rakan sebaya membuatkan mereka terjebak dengan aktiviti tersebut seawal bangku persekolahan lagi. Kebanyakkan mereka yang terlibat dengan masalah dadah ini hanya menghabiskan pendidikan pada tahap sekolah menengah sahaja. Hal ini membuatkan mereka kurang pendidikan terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Seiring dengan peredaran zaman, pelbagai perkara perlu dibuat menggunakan teknologi maklumat pada hari ini seterusnya menyebabkan golongan ini mempunyai masalah apabila ingin membuat sesuatu yang memerlukan kemahiran teknologi maklumat. Walaupun mereka kurang disenangi masyarakat, mereka sentiasa mendapat perhatian dari kerajaan melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang memainkan peranan penting dalam membantu mereka keluar dari masalah penggunaan dadah disamping menjadikan mereka mempunyai modal insan yang berguna.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan pusat internet, golongan yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau lebih dikenali sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP) ini menjalankan proses pemulihan melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong royong membersihkan masjid, tanah perkuburan dan kawasan kampung. Disamping itu, merekan juga turut menyertai aktiviti-aktiviti keagamaan yang disediakan oleh AADK. Walaupun sentiasa menjalankan aktiviti kemasyarakatan, namun OKP masih kurang mempunyai pengetahuan dalam menggunakan teknologi maklumat sehinggakan mereka tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti latihan dan bimbingan melalui aktiviti pusat internet bersama AADK, golongan OKP ini semakin mahir dalam menggunakan komputer. Kebanyakkan yang tidak mempunyai pengetahuan dalam menggunakan komputer telah mahir dalam asas-asas penggunaan komputer. Antara perkara yang telah diajar kepada mereka adalah berkenaan dengan perkakasan dan perisian komputer. Kebanyakan dari OKP masih belum mengenali perkakasan komputer. Dengan aktiviti yang diadakan, sedikit sebanyak telah dapat membantu mereka mengenali perkakasan komputer dan fungsi-funsinya.

          Disamping itu, petugas PI juga telah membantu mereka bagaimana cara-cara membuat surat rasmi dengan menggunakan Microsoft Word. Selepas kelas tersebut, mereka semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Word terutamanya dalam membuat surat rasmi. Mereka juga telah pandai menaip dan tahu fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Word. Kemahiran ini dapat membantu mereka bagaimana untuk membuat surat permohonan bantuan sebagainya. Tambahan lagi, penerangan berkenaan dengan enjin carian google pula membolehkan mereka mencari maklumat dengan mudah seperti mencari pekerjaan kosong dan sebagainya.

1

Petugas pusat internet memberikan penerangan awal berkenaan dengan asas komputer

2

OKP sedang membuat surat rasmi menggunakan Microsoft Word dengan dibantu oleh petugas PI

ANAK JATI MERAPOH  MEMBUKA MATA PELANCONG ASING LUAR NEGARA  UNTUK BERKUNJUNG KE MERAPOH

Nama: Khairul Nizam Bin Abd Rashid

Umur: 40 Tahun

Ahli: 2017

Latar belakang

Dilahirkan pada 18 februari 1977, Encik Khairul merupakan diantara anak tempatan merapoh yang berjaya membawa nama tempat kelahiran beliau ke persada dunia di atas nama Travel Agency MERAPOH ADVENTURE. Beliau merupakan graduan dalam jurusan Teknologi dan Seni Grafik di Universiti Malaya. Pernah bekerja sebagai pensyarah sementara di Open Universiti serta sebgai tutor dalam Adobe Photoshop telah memberikan kelebihan kepada Encik Khairun Nizam dalam mengorak langkah untuk mebina Travel Agency persendirian miliknya dalam memperkenalkan Merapoh bukan shaja di dalam negara malah sehingga ke negara China. Dilahirkan di dalam keluarga yang menitikberatkan pendidikan terutamnya ayahnya sebagai bekas guru agama di sekolah Merapoh dan ibunya sebagai suri rumah telah menjadikan Encik Khairun Nizam sebgai seorang yang cintakan dan suka meneroka ilmu baharu. Walaupun pada mulanya beliau tiada asas dalam perusahaan Travel Agency, namun beliau tidak berputus asa unutk kembali mencari ilmu baharu walaupun bermula dari bawah iaitu sebagai tour guide kepada pengunjung yang datang ke merapoh terumanya dalam Ekspedisi Gunung Tahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan tertubuhnya PI di Kg Merapoh telah membantu dan memudahkan urusan komuniti sekitar termasuklah Encik Khairul Nizam sendiri. Dek kerana kedudukan Merapoh yang sukar untuk mendapat liputan talian serta capaian internet, ia menyukarkan Encik Khairul Nizam dalam membuka dan menghantar email pelanggan dari dalam serta luar negara serta beliau juga tiada perlatan lengkap seperti printer dan mesin fotostat di awal penubuhan Travel Agency beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet Kg Merapoh, En. Khairul Nizam selalu berkunjung ke PI dalam menyiapkan urusan pekerjaan dan perusahaan beliau. Dengan capaian internet yang pantas serta kelengkapan yang lengkap telah bnyak membantu Encik Khairul Nizam dalam menguruskan dan meningkatkan perkhidmatan travel agensi miliknya. Selain daripada itu, Encik Khairul Nizam juga turut mencuba menggunakan aplikasi Dashboard MyShop serta Mykomuniti sebagai platform terbaru dalam mempromosikan travel agensi miliknya.

kn2

Encik Khairul bergambar di pejabat urusan Merapoh Adventure

kn1

Encik Khairul Nizam memberi penerangan kepada peserta yang akan menakluki Gunung Tahan

MENGUSAHAKAN PRODUK BISKUT JEJARI COKLAT YANG SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI KOMUNITI KG MERAPOH DAN SEKITARNYA

Nama: Nor Aisah

Umur: 30 Tahun

Ahli: 2015

Latar belakang

Puan Aisah merupakan seorang surirumah yang mempunyai 3 orang anak berusia 6 tahun, 3 tahun dan 9 bulan. Beliau mempunyai seorang suami yang bekerja sebagai buruh binaan. Minatnya di dalam bidang masakan terutama dalam penghasilan kuih muih telah mendorong beliau untuk menghasilkan biskut jejari coklat secara kecil-kecilan disamping membantu menambah pendapatan keluarga dari rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali PI Kg Merapoh,fokus Puan Aisah hanyalah di rumah iaitu menguruskan anak-anak dan suami. Dimaklumkan bahawa beliau tidak terfikir dan takut untuk memulakan perniagaan dek kerana kekurangan ilmu dalam perniaagan. Beliau gemar membuat biskut, kuih muih, roti dan manisan serta snek yang lain untuk santapan keluarga beliau. Oleh kerana dorongan yang kuat dari suami dan rakan-rakannya, beliau mula mengorak langkah untuk berniaga kecil kecilah dengan percubaan pertama dalam penjualan Biskut Jejari Coklat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perspektif Puan Aisah tentang Pusat Internet terutamnaya PI Kg Merapoh telah mula berubah selepas mengenali petugas, menghadiri kelas latihan usahwan serta mendapatkan bimbingan dari petugas PI kg merapoh. Sebelum ini beliau menganggap PI hanyalah berfungsi sama seperti Cyber Café yang lain. PI lebih dari itu. Beliau telah mula sedar, untuk menjadi usahwan berjaya, beliau harus menuntut ilmu dan memerlukan bantuan dalam meningkatkan dan mempromosikan jualan produk miliknya. Di PI beliau mula mempelajari cara untuk memasarkan produk secara online melalui Whatapps, Facebook, MyShop. Beliau juga mempelajari cara- cara unutk membuat poster, flyers, dan sticker untuk diletakkan di dalam balang biskut jejari miliknya. Selain itu, beliau juga turut didedahkan dengan cara-cara unutk memohon bantuan dana serta latihan keusahawan tambahan di peringkat negeri seperti RISDA, EMPOWERMENT ECER, TUBE, TEKUN dan sebgainya. Kini, beliau sedang mula mengorak langkah memasarkan produk biskut jejari beliau di pasaran yang lebih luas di Gua Musang(vendor) dan Negeri Sembilan (agent) .selain itu, beliau mula menerokai pelbagai resepi baru yang boleh beliau ketengahkan di dalam produk jualan beliau melalui laman sesawang youtube.

 

1

Puan Aisah mempelajari cara membuat label untuk produk miliknya menggunakan canva

2

Puan Aisah dibimbing oleh petugas mencari dana dan bantuan latihan untuk usahawan tempatan

BELIA MUDA MENJANA PENDAPATAN DARI RUMAH

Nama: Che NorFardila 

Umur: 18 Tahun

Ahli: 2014

Latar belakang

Baru berusia 18 tahun tidak mematahkan semangat belia muda Merapoh iaitu Che NorFardila untuk memulakan perniagaan cod makanan buat pembeli sekitar Merapoh. Mendapat pelbagai tawaran melanjutkan pengajian di kolej, gadis ini terpaksa menolak berikutan kekangan kewangan dan masalah kesihatan kedua ibu bapanya. Seorang yang peramah, aktif, bersemangat kuatdan tidak mudah berputus asa membuatkan Che Norfardila nekad untuk menjalankan perniagaan makanan seperti jeruk manga, kerabu maggi, sosej gulung, udang goring tepung dan sebagainya. Menariknya, beliau mengambil inisiatif berbeza dari peniaga yang lain ialah dengan menawarkan khidmat cash on delivery (cod) kepada para pembeli secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas manamatkan pengajian di peringkat SPM, sementara menunggu keputusan panggilan ke pengajian tinggi, beliau menceburkan diri dengan aktiviti di PI Kg Merapoh seperti kelas computer, KDB, literasi digital dan sebagainya. Pada mulanya beliau hanya memfokuskan pada bahagian literasi digital dan hanya mengetahui secara umum bahawa PI kg merapoh juga turut menyediakan khidmat kelas dan bimbingan kepada usahwan setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan dorongan dan semnagat untuk tidak menanit bulan jatuh ke riba, Che norfardilla mengorak langkah untuk menjalankan perniagaan berasaskan cod makanan yang pelbagai. Beliau mendapat bimbingan dari petugas tentang cara membuat promosi, cod secara berkesan. Selain itu, beliau juga turut mennggunakan perkhidmatan di 

PI kg merapoh seperti penggunaan internet unutk pencarian resepi terbaru secara online. Tambahan pula, beliau percaya dengan ilmu yang diperolehi dapat membantu beliau untuk terus kekal di dalam dunia perniagaan. Oleh itu, beliau tidak malu untuk bertanya kepada petugas cara –cara untuk membuat penjualan secara online, cara unutk memeriksa scammer secara online, membuat email dan sebagainya. Dengan kehadiran dan komitmen yang padu dari Che Nor, sedikit demi sedikit telah membentuk beliau menjadi pengguna internet yang bijak serta usahwan yang berdaya saing ketika ini.

1

Che NorFardilla tidak melepaskan peluang mempelajari cara membuat dan menggunakan Gmail

2

Beliau turut didedahkan oleh petugas untuk menggunakan Dashboard Komuniti terutamanya MyShop

 

MALU BERTANYA SESAT JALAN

Nama: Abdullah Azuan Bin Mohd Adnan

Umur: 10 Tahun

Ahli: 2015

Latar Belakang

Abdullah Azuan Bin mohd Adnan merupakan salah seorang ahli PI Kg Merapoh yang aktif menghadiri program – program yang disediakan. Dibesarkan dalam keluarga yang amat menitikberatkan pendidikan, Abdullah Azuan turut menjadikan PI Kg Merapoh sebgai pusat untuk mencari maklumat bagi menyiakan tugasan yang diberikan oleh guru. Bapa beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di Ladang LKPP di Merapoh manakala ibunya merupakan seorang suri rumah. Abdullah Azuan merupakan seorang pelajar yang aktif, peramah dan tidak malu unutk bertanya kepada petugas PI berkenaan tentang perkara yang beliau tidak tahu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, beliau hanya membuat kerja sekolah di PI tanpa menggunakan kemudahan utama yang disediakan iaitu Internet untuk mencari maklumat yang boleh membantu menjadikan tugasan belaiu lebih menarik dan cepat. Manakala, jika membuka PC di PI, hanya membuka permainan online serta laman web youtube sahaja. Beliau hanya melihat kartun kesukaan beliau dan meminta bantuan petugas untuk membuka laman web tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan PI, melalui pendedahan dan bimbingan latihan yang diberikan dari aktiviti PI, beliau sudah semakin yakin dan mahir menggunakan computer terutamanaya dalam mencari maklumat untuk tugasan yang diberikan oleh gurunya serta menggunakna laman web youtube sebaiknya dalam melihat dokumentari pendidikan dan meneroakai ilmu-ilmu baru yang terdapat di seluruh dunia . Selain itu, beliau sudah mula sedar kepentingan menggunakan internet dengan bijak melalui kehadiran beliau di program KDB anjuran PI Kg Merapoh.

            Abdullah azuan juga turut membantu rakan-rakanya yang lain dalam melayari laman web pendidikan yang beliau kunjungi kerana beliau mahu rakan-rakannya turut mendapat manfaat dari kebaikan internet untuk pembelajaran mereka. Dari respon yang diterima, para guru gembira kerana kanak-kanak seusia beliau sudah mampu menyiapkan kerja sekolah dengan menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan di PI dan telah menggalakkan rakan-rakan lain untuk turut sama mealngkah ke hadapan dengan bantuan teknologi.

1

Abdullah Azuan mencari maklumat iaitu kata nama bagi sayu-sayuran dalam English menggunakan enjin carian google

2

Abdullah Azuan menyiapkan Jigsaw KDB bersama rakannya