DIMANA ADA KEMAHUAN, DI SITU AKAN DIUSAHAKAN

Nama: Zulaikha Binti Iskandar

Umur: 19 Tahun

Ahli: 2018

Latar belakang

Berbekalkan semnagat untuk mencari pengalaman bekerja terlebih dahulu mendorong Zulaikha untuk mencuba jawatan kosong yang ditawarkan sebagai kerani di Taman Negara Relau. Namun, beliau sedar, untuk memohon jawatan tersebut, kemahiran ICT amat diperlukan unutk melayakkan diri beliau memperoleh jawatan tersebut. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk mencari ilmu di Pusat Internet Kg Merapoh

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dunia ICT Zulaikha hanyalah di hujung jari iaitu melalui platform telefon pintar dimana beliau hanya memfokuskan kepada media sosial seperti facebook, Instagram, whatapps. . Beliau tidak yakin untuk menggunakan Microsoft Office 2010 berikutan kurang kemahiran dan pendedahan untuk menggunakan perisian tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI serta latihan yang berterusan, Zulaikha kini sudah mula yakin untuk menggunakan setiap perisian Microsoft Office 2010 termasuklah Publisher, Power Point serta Excel. Kemahiran menaip beliau juga semakin meningkat dengan latihan berterusan yang dilakukan setiap kali beliau hadir ke Pusat Internet.

1

Zulaikha mempelajari cara menggunakan Microsoft Publisher 2010

2

Zulaikha mempelajari cara menggunakan Microsoft Excel 2010

 

 

USAHAWAN BROWNIES SERTA DROPSHIP BAJU KURUNG, KAIN, DRESS BAJU DARI CHINA KE PASARAN TEMPATAN

Nama: Izianti Abd Wahid

Umur: 40 Tahun

Ahli: 2017

Latar belakang

Ibu kepada dua ornag cahaya mata ini merupakan kerani pejabat di SK Teluk Gunung. Minat kepada perniagaan telah mendorong beliau untuk membuka peluang jualan brownies kepada para guru dan teman sepejabat. Selain daripada itu, beliau juga turut menjana pendapatan online secara kecil-kecilan melalui fb page Izianti Wardrobe dimana beliau memgambil stok kain pasang, dress dari china untuk dijual ke dalam pasaran tempatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penjualan brownies kedut beliau hanya tertumpu pada sahabat dan kenalan rapat sahaja termsuklah para guru di tempt kerja beliau.  Puan Izianti tidak mempunyai platform dan tidak mmpunyai keberanian untuk mempromosikan brownies beliau secara lebih luas. Selain daripada itu, jualan kain pasang, baju kurung dan dress juga hanya tertunpu kepada segolongan kecil pemnbeli (yang pernah membeli dengan beliau sahaja). Puan Izianti pernah memberitahu bahawa beliau amat sukar unutk mendpat “like” setiap kali posting di page fb dan sukar mendapat pembeli baharu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan nmenghadiri kelas kemahiran usahawan – perniagaan secara online di PI KG MERAPOH, Puan Izianti telah didedahkan cara –cara unutk membuat promosi dan pengiklanan secara berkesan menggunakan platform media sosial dengan memfokuskan kepada cara, waktu dan target posting. Selain daripada itu, Puan Izianti turut di dedahkan kepada group whatapps jualan di Merapoh, dan Gua Musang untuk mempromosikan Brownies serta kain-kain pasang yang dijual olehnya. Selain daripada itu, Puan Izianti juga turut didedahkan cara unutk menggunakan aplikasi Myshop serta Buffer dalam mempromosikan produk jualannya.

1

Beliau didedahkan oleh petugas untuk menggunakan Dashboard Komuniti terutamnya  MyShop

2

Diantara brownies yang dibuat oleh Puan Izianti untuk dijual

UMUR BUKAN PENGHALANG UNTUK MAHIR ASAS MENGGUNAKAN KOMPUTER

Nama: Muhammad Shahrul Haziq Bin Zainurin

Umur: 8 Tahun

Ahli: 2017

Latar belakang

Muhammad Shahrul Haziq merupakan antara pengguna Pusat Internet Kg Merapoh yang termuda. Beliau mula menjejakkan kaki ke PI ketika berusia 7 tahun kerana mengikut abangnya yang juga ahli PI Kg Merapoh. Pada mulanya, beliau sememangnya tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam manggunakan komputer. Bapanya sering memberi galakan untuk mempelajari komputer dan sentiasa menghantarnya ke PI selepas habis waktu persekolahan. Beliau merupakan seorang yang pendiam tetapi mempunyai sifat sentiasa ingin tahu. Hal ini menjadikannya lebih mudah untuk belajar menggunakan komputer. Sebelum menyertai kelas dan program di PI, beliau datang hanyalah untuk melayari laman web youtube. Hasil dari kelas kemahiran komputer dan program literasi digital PI, beliau sudah mampu untuk menggunakan Microsoft Office seperti Word dan Power Point. Selain daripada itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan laman web pendididkan yang menyeronokkan seperti abcya.com, kahoot dan typingclub.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Shahrul Haziq tidak pandai menggunakan komputer sehinggakan cara untuk menghidupkan komputer juga beliau tidak tahu. Oleh itu, beliau hanya memerhatikan sahaja pengguna-pengguna komputer yang lain menggunakan komputer. Disebabkan sifat ingin mencuba, beliau telah mula menggunakan komputer namun hanya dengan bantuan abangnya. Tambahan lagi, Shahrul Haziq hanya menggunakan komputer untuk melayari laman web youtube untuk menonton kartun. Tahap kemahirannya menggunakan komputer pada ketika itu adalah sangat terhad dan memerlukan pertolongan dari abangnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI, kini beliau mahir menggunakan komputer dan melayari internet dengan sendiri tanpa bantuan abangnya lagi. Walaupun ketika itu beliau hanya di berumur 7 tahun, namun, beliau sudah mampu mengenalpasti setiap fungsi asas bagi hardware komputer. Melalui kelas asas komputer yang dijalankan di PI, beliau juga telah pandai menaip menggunakan Microsoft Word. Penggunaan aplikasi online seperti Typing Club yang diperkenalkan kepadanya sedikit sebanyak telah membantunya dalam menaip dengan betul. Tambahan lagi, selepas penglibatan PI, penggunaan komputer oleh Shahrul Haziq sudah tidak terhad kepada Youtube sahaja kerana beliau sudah mahir untuk membuka pelbagai aplikasi pembelajaran secara online. Selepas penglibatan PI, beliau boleh dikatakan mahir dalam menggunakan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

1

Shahrul Haziq sedang mempelajari cara menaip dengan betul menggunakan laman web typingclub.

2

Shahrul Haziq (bertopi) menghadiri kelas asas Microsoft Power Point bersama rakan-rakannya

 

USIA BUKAN PENGHALANG UNTUK BERMULA  DALAM PERNIAGAAN– HSY GUEST HOUSE MERAPOH

Nama: Norsitah Binti Yusoff

Umur: 45 Tahun

Ahli: 2018

Latar belakang

Pemilik nama Puan Norsitah Binti Yusoff , merupakan seorang usahawan yang berdaya saing dan suka menerokai ilmu bidang pernigaan yang boleh beliau pelajari dan gunakan untuk mempromosikan Guest House beliau di RPS Merapoh. Sebelum diperkenalkan dengan Kelas Usahawan oleh petugas PI Kg Merapoh, beliau menanggung kerugian berikutan rumah Guest house telah siap dibina namun tidak mendapat mana mana tempahan untuk diduduki. Namun, segalanya berubah setelah beliau bertemu dengan petugas PI. Beliau telah menyertai kelas keusahawanan untuk belajar selok belok perniagaan secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidah tahu cara untuk mempromosikan Guest House beliau. Beliau banyak bertanya pada rakan rakan yang lain namun tidak tahu caranya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Merapoh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan Guest House beliau. Beliau juga telah diberi tunjuk ajar oleh petugas cara untuk mempromosikan Guest House beliau bukan setakat di FB malahan di booking.com, serta cara untuk mewujudkan carian guest house beliau di google maps agar pelanggan dapat menyedari kewujudan guest house beliau yang terletak di tengah tengah perkampungan merapoh. Beliau juga turut menerima cadangan petugas untuk berkolaborasi dengan pemilik Merapoh Adventure dalam menyediakan tempat tinggal kepda pelancong luar. Beliau juga turut memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI serta ilmu yang beliau cari sendri memandangkan beliau seorang usahawan yang berani mencuba serta tidak jemu mencari ilmu bagi sesuatu yang baru.

HSY GUEST

Guesthouse milik Puan Norsitah

HSY GUEST FB

Facebook HSY Guest House

 

DARI SURIRUMAH KEPADA PENIAGA JAMU ONLINE

Nama: Mariah Binti Abdullah

Umur: 33 Tahun

Ahli: 2016

Latar belakang

Mariah Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Kak Sue merupakan seorang surirumah pada awalnya sebelum menceburi bidang perniagaan bermula dengan penjualan barang barang wanita seperti benkung, set lepas bersalin, serta minuman jamu bermula dari rumah ke rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau merupakan seornag ahli PI yang aktif dan selalu berkungjung jika ada aktiviti atau program seprti Hari Bersama, kelas komputer serta kelas keusahawanan. Melalui promosi, belaiu mengenali Pi sebagai pusat pembelajaran dan pencarian ilmu terutamnya kepada usahwan dari rumah seperti beliau. oleh kerana sebelum ini beliau hanya dapat bertumpu kerja dari rumah dek kerana tugas sebagai isteri dan ibu kepada 4 ornag anak yang masih kecil dan perlukan perhatian darinya, secara tidak langsung belaiu mempunyai kekangan dalam membuat promosi dari rumah ke rumah serta hasil jualan tidak memberangsangkan. Selain daripada itu, beliau juga  turut menjadikan PI sebagi lokasi utama dalam membuat permohonan tender kantin  di laman web E-Perolehan iaitu perniagaan sampingan beliau bersama suami berikutan kemudahan yang ada disediakan di pi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas kemahiran keusahawan, kelas komputer serta program dan aktiviti aktiviti yang dijalankan di pi, dengan dibimbing oleh petugs, telah membuka peluang dan minda beliau dalam menerokai jualan secara Online. Bertemu pula dengan ramai rakan rakan usahawan tempatan dan di luar negeri menjadikan beliau seornag usahawn yang berdaya saing serta tidak putus asa dalam mencari rezeki buat keluarga. Melalui kelas komputer yang dijaolankan, beliau telah mula mahir menaip, membuka email, membuka pelayar web dan lain lain. Tambahn pula, melalui kelas keusahwan yang dijalankan, beliau mempelajari cara untuk menarik “like” serta membuat ayat copywriting yang bagus. Selain itu, beliau juga turut dibimbing oleh petugas dalam membuat jualan secara hard sell dan juga soft sell.

jjm2

Puan Mariah turut mencuba menjana pendapatan keluarga bersama suami dalam memohon tender di E-PEROLEHAN

jjm3

Produk JUMINA JJM menjadi platform utama Puan Mariah menerokai dunia jualan secara online dengan lebih agresif