MENYIAPKAN TUGASAN DENGAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN IT DI PI MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM TEKNOLOGI

Nama: Nohazliza Aina Binti Hamidan

Umur: 11 Tahun

Ahli: 2016

Latar Belakang

Nohazliza Aina  berumur 11 tahun merupakan pelajar sekolah rendah kebangsaan Merapoh. Ibu beliau bekerja di kantin SMK Merapoh manakala ayahnya melakukan kerja kampung. Beliau sememangnya dikenali sebagai ahli PI yang rajin datang ke PI setiap petang untuk membuat kerja sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pada mulanya beliau dan rakan-rakan yang lain menyiapkan kerja sekolah di meja yang disediakan oleh PI. Namun segalanya berubah setelah diperkenalkan oleh petugas PI untuk menerokai software yang terdapat di dalam computer yang boleh memudahkan dan membantu beliau dan rakan-rakanya untuk menjadikan kerja sekolah dan tugasan mereka lebih menarik. Selain daripada itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan laman web pendididkan seperti pencil.my yang menbantu meningkatkan kefahaman belaiu di dalam pelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI , kini beliau menghabiskan masa petang beliau dengan menyiapkan kerja sekolah dengan menggunakan Microsoft Office 2010 dan membuat latihan ulangkaji melalui laman web pencil.my dan juga EduWebTv secara online. Dari respon yang diterima, para guru gembira kerana kanak-kanak seusia beliau sudah mampu menyiapkan kerja sekolah dengan menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan di PI dan telah menggalakkan rakan-rakan lain untuk turut sama mealngkah ke hadapan dengan bantuan teknologi.

          Contohnya, Aina mencari maklumat dengan menggunakan internet dan juga melalui laman sesawang Youtube dan software Microsoft Office seperti Word dan Publisher dalam menyiapkan tugasan buku skrap, dan menghias sudut bacaan di dalam kelas. Secara tidak langsung, kemahiran menaip dan menggunakan computer Aina turut meningkat dan semakin baik dari dahulu.