KELAS ICT PELAJAR SPM MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI PELAJAR DALAM MENYAMBUNG PELAJARAN KE IPT

Nama: Pelajar SPM Tahun 2020

Umur: 18 Tahun

Ahli: 2020

Latar belakang

Memandangkan pembangunan yang semakin berkembang kini, kemahiran dalam teknologi maklumat amat penting dalam diri seseorang terutamanya terhadap golongan pelajar. Kebanyakan aktiviti dalam kehidupan masa kini sangat memerlukan seseorang tersebut untuk mempunyai kemahiran ICT terutamanya dalam sektor pendidikan di peringkat yang lebih tinggi seperti di IPT. Memandangkan pelajar lepasan SPM tahun 2020 yang mempunyai masa lapang yang banyak, pihak PI Kg Merapoh telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas ICT yang dikhususkan kepada pelajar SPM tahun 2020. Kelas ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam diri pelajar supaya para pelajar lebih bersedia apabila menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan pusat internet, kebanyakan pelajar sekolah khususnya pelajar SPM kurang yakin dalam penggunaan ICT. Hal ini kerana mereka kurang didedahkan dengan penggunaan ICT di sekolah. Kebanyakan dari mereka masih ramai yang tidak mahir dalam menggunakan perisian seperti Micrsoft Office. Pembelajaran ICT di makmal komputer sekolah masih belum dapat meningkatkan kemahiran ICT pelajar kerana kebiasaannya waktu pembelajaran ICT hanya diadakan seminggu sekali sahaja. Hal ini telah menjejaskan proses pembelajaran pelajar sekolah dalam bidang ICT. Tambahan lagi, kekangan masa juga merupakan faktor pelajar ini kurang pendedahan berkenaan dengan kemahiran ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti latihan dan bimbingan kelas ICT, pelajar ini semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excel. Pelajar yang mengikuti kelas ini telah semakin mahir dalam menggunakan fungsi-fungsi Microsoft Office tersebut. Tambahan lagi, kemahiran menaip mereka juga semakin meningkat memandangkan petugas PI memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menaip dengan betul. Kemahiran menaip amat penting apabila pelajar menyabung pelajaran di IPT kelak memandangkan kebanyakan tugasan dilakukan menggunakan komputer. Disamping itu, pelajar turut diajar bagaimana cara mencari sebarang maklumat dengan menggunakan enjin carian google. Teknik yang betul dalam mencari maklumat penting bagi persediaan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Kesimpulannya, melalui kelas ICT ini, tahap kemahiran ICT pelajar semakin meningkat dan mereka semakin yakin dalam menggunakan komputer.

1

Pelajar sedang mempelajari asas Microsoft Word 2010

2

Kelas Microsoft Power Point 2010