PERNIAGAAN RUNCIT DAN SELLER ONLINE PERENCAH ODEN

Nama: Hanis Alia Binti Zulkifli

Umur: 19 Tahun

Ahli: 2020

Latar belakang

Cik Hanis merupakan peniaga dan juga pelajar yang kini mengikuti pengajian secara PJJ di Unimas berikutan Covid 19 yang melanda. Ibubapa Hanis merupakan guru dan bertanggungjawab menguruskan koperasi sekolah ketika Hanis berusia 9 tahun. Dari situ, minat Hanis terhadap perniagaan mulai bercambah kerana beliau sering membantu ibubapa beliau di sana. Usai daripada menduduki STAM, beliau mempunyai banyak kelapangan waktu dirumah. Oleh itu, ibu beliau memberi cadangan untuk beliau membuka satu perniagaan sambil menunggu keputusan ke IPTA. Oleh kerana beliau minat berniaga dan mempunyai satu lot kedai milik nenek beliau di Merapoh, Cik Hanis mengambil peluang yang ada dengan membuka Kedai Runcit atas nama Hanis Alia Enterprise. Bermodalkan RM3,000 yang diberikan oleh ibunya, Cik Hanis memulakan operasi Kedai Runcitnya pada awal tahun 2020 dengan memfokuskan kepada jualan produk – produk buatan muslim.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh kerana berlaku Pandemik Covid 19 yang tidak dijangka, amat sukar bagi Kedai Runcit Hanis beroperasi selain persaingan dengan Kedai Runcit lain yang telah lama beroperasi dan dikenali, menambah kegusaran Cik Hanis bagi menaikan jualan harian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengenali PIK Kg Merapoh, Cik Hanis mengambil peluang kemudahan yang disediakan dengan mengikuti kelas usahawan, kelas kemahiran komputer dan kelas pemasaran yang dijalankan bagi membantu dan meningkatkatkan kemahiran ICT dan keusahawanan dalam diri. Mengenali petugas PIK Kg Merapoh membantu Hanis untuk menyertai Group Whatapps Pengiklanan di sekitar Merapoh. Oleh itu, Cik Hanis menggunakan peluang ini dengan memasarkan produk-produk jualan di kedai runcit beliau kepada ahli group dimana rata-ratanya merupakan pembeli yang berpotensi. Selain itu, Cik Hanis juga menyertai kelas pemasaran di Shopee dengan memfokuskan kepada jualan perencah Oden sebagai permulaan.

Beliau juga selalu berkunjung ke PIK Kg Merapoh bagi mendapatkan bimbingan dalam urusan perniagaan seperti membuat pendaftaran kod QR di MySejahtera, cara membalut bungkusan perencah oden bagi tujuan postage kepada pembeli, cara mencetak airwaybill, cara membuat promosi dan pemasaran di shopee serta lain –lain. Dengan adanya latihan dan bimbingan yang diberikan, Cik Hanis mulai yakin untuk meneruskan perniagaan beliau di waktu Pandemik ini walaupun ketika beliau sibuk mengikuti pengajian tinggi yang telah bermula.

kelas hanis 5

Cik Hanis mendapatkan bimbingan dari petugas dalam meningkatkan kemahiran ICT dan keusahawanan 

kelas hanis

Cik Hanis berkunjung ke PIK bagi mendapatkan bimbingan dalam menguruskan pesanan yang diterima