KELAS ICT PELAJAR UPSR MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN ICT PELAJAR SEKOLAH

Nama: Pelajar UPSR SK T.Gunung 2020

Umur: 12 Tahun

Latar belakang

Pada masa kini, teknologi maklumat sangat penting dalam setiap urusan bagi masyrakat terutamanya bagi golongan pelajar sekolah. Kebanyakan aktiviti dalam kehidupan masa kini sangat memerlukan seseorang tersebut untuk mempunyai kemahiran ICT terutamanya dalam sektor pembelajaran. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilakasanakan oleh kerajaan menjadikan aspek teknologi maklumat sangat diperlukan terutamanya bagi pelajar sekolah dalam aktiviti pendidikan. Memandangkan pelajar UPSR yang mempunyai masa lapang yang banyak disebabkan penutupan sekolah dan pembatalan peperiksaan UPSR tahun 2020, pihak PI Kg Merapoh telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas ICT yang dikhususkan kepada pelajar UPSR. Kelas ini adalah bertujuan untuk meningkatkan nilai tambah dalam diri pelajr iaitu kemahiran ICT supaya para pelajar UPSR dapat mengaplikasikan kemahiran tesebut apabila menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah kelak. Kelas ICT ini melibatkan pelajar UPSR dari Sekolah Kebangsaan Teluk Gunung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan pusat internet, kebanyakan pelajar sekolah kurang didedahkan dengan penggunaan ICT terutamanya dalam penggunaan komputer. Kebanyakan dari mereka masih ramai yang tidak mahir dalam menggunakan perisian seperti Micrsoft Office dan enjin carian Google. Walaupun di sekolah mereka terdapat makmal komputer, aktiviti pembelajaran ICT masih lagi kurang mencukupi kerana kemudahan di makmal tersebut masih kurang terutamanya kemudahan rangkaian internet. Hal ini telah menjejaskan proses pembelajaran pelajar sekolah dalam bidang ICT. Tambahan lagi, jarak rumah yang jauh iaitu lebih kurang 10 kilometer dari Pusat Internet juga merupakan faktor pelajar yang tinggal di Kampung Teluk Gunung sukar untuk hadir ke Pusat Internet Kampung Merapoh bagi belajar menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti latihan dan bimbingan melalui kelas ICT Pelajar UPSR, pelajar ini semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Publisher. Pelajar yang mengikuti kelas ini telah semakin mahir dalam menggunakan fungsi-fungsi Microsoft Office tersebut. Tambahan lagi, kemahiran menaip mereka juga semakin meningkat memandangkan petugas PI memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menaip dengan betul.

Disamping itu, petugas PI juga telah membantu mereka bagaimana untuk menggunakan enjin carian Google. Hal ini dapat membantu para pelajar dalam mencari maklumat terkini dan belajar secara atas talian memandangkan sekolah telah ditutup. Tambahan lagi, ia turut membantu pelajar dalam mengisi borang permohonan secara atas talian bagi kemasukan ke sekolah menengah pada tahun hadapan. Secara keseluruhannya, kelas ICT ini telah membantu para pelajar UPSR dalam meningkatkan kemahiran ICT memandangkan mereka akan masuk ke sekolah menengah kelak.

1

Pelajar sedang mempelajari asas Microsoft Word 2010

2

        Kelas Microsoft Power Point 2010