MENGHASILKAN DAN MENJUAL TUDUNG JENAMA SENDIRI – SWISH.KL

Nama: Naimah Binti Mat Daud

Umur: 26 Tahun

Ahli: 2014

Latar belakang

Cik Naimah merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Beliau kini tinggal bersama ibu dan bapanya di Kg Berhamah. Menggalas tanggungjawab sebagai anak bongsu, beliau mengorbankan masa beliau dengan menjaga ayahnya yang sakit dan membantu urusan keluarga ketika abang dan kakak beliau keluar mencari rezeki untuk keluarga. Cik Naimah telah mula terlibat dalam perniagaan dengan menjadi dropship dan agent kepada pelbagai produk termasuklah Tudung Kekaboo, Kerepek, manga jeruk dan lain- lain. Selain itu, beliau juga turut mempunyai akaun di carousell dan eBay bagi aktiviit jualan barangan preloved.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mengenali sosok anak muda ini terlihat usaha beliau yang tidak putus asa dalam menjana pendapatan untuk diri dan keluarga. Pada mulanya Cik Naimah memfokuskan kepada jualan offline di mana beliau akan memegang stok dan akan membuat promosi di sekitar Merapoh melalui Group Whatapps dan kenalan-kenalan beliau. Ada waktu di mana jualan beliau tidak mendapat sambutan dan beliau terpaksa menanggung kos dan kerugian akibat terpaksa menyimpan stok yang sudah tidak mendapat sambutan.

Namun beliau tidak patah semangat. Hadir ke PIk Kg Merapoh bagi mendapatkan perkhidmatan Internet dan bimbingan ICT membuka mata Cik Naimah untuk memulakan perniagaan sendiri dengan produk jenama sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Minat dalam dunia perniagaan dan percaya akan kemampuan diri mendorong Cik Naimah untuk memulakan langkah menghasilkan produk tudung jenama beliau sendiri. Idea menghasilkan profuk tudung jenama sendiri tercetus ketika sesi bual bicara bersama petugas PIK Kg Merapoh di mana Naimah mendapatkan bantuan nasihat untuk meningkatkan pendapatan diri.

Tambahan pula, Cik Naimah sedar bahawa sudah tiba masanya untuk beliau cuba mengorak langkah berani di samping mengambil peluang yang tiba. Cik Naimah sedar bahawa pentingnya mempromosikan dan menjual secara atas talian lebih –lebih lagi apabila Pandemik ini. Oleh itu, beliau selalu hadir ke PIK bagi mendapatkan perkhidmatan Internet berikutan di rumah beliau amat sukar untuk mendapatkan sambungan internet. Selain itu, beliau hadir ke PIK juga bagi mendapatkan bimbingan ICT dari petugas dalam menyiapkan rangka promosi dan jualan secara atas talian.

kn 3

kn 6

Cik Naimah sering hadir ke PIK Kg Merapoh bagi mendapatkan perkhidmatan dan bimbingan ICT yang disediakan