AGENT PRODUK SABUN PISANG LIPIS DAN GUA MUSANG

Nama: Nur Izni Binti Tarmili

Umur: 23 Tahun

Ahli: 2014

Latar belakang

Nur Izni bt Mohd Tarmili merupakan anak bongsu daripada 5 adik beradiik. Menamatkan pengajian Diploma Pertanian di UiTM Pahang pada 2016 dan masih mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan jurusan pengajian beliau ketika ini. Beliau agak sukar untuk berhijarah ke tempat lain berikutan kekangan dari keluarga. Nur Izni mengisi masa lapangnya di Merapoh dengan membantu ibu dan kakaknya di warung milik keluarganya. Oleh kerana ibunya telah jatuh sakit, Warung tersebut terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nur Izni merupakan seorang gadis yang kurang keyakinan diri, pemalu dan pendiam terutamanya apabila bersama dengan orang yang baharu dikenalinya. Beliau mula aktif sebagai ahli PI apabila terlibat menjadi Sukarelawan PI untuk Program Hari Bersama. Di sini, beliau mulai sedar bahawa fungsi PI bukanlah hanya tempat untuk mencetak dan menyediakan perkhidmatan internet, malahan PI juga menyediakan pelbagai latihan ICT , keusahawan dan tempat rujukan kepada komuniti setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Nur Izni tidak mempunyai ilmu dan kemahiran dalam perniagaan lebih – lebih untuk menjual sebarang produk dii atas talian. Beliau mempunyai Facebook namun tidak aktif untuk sebarang posting. Oleh kerana keinginan untuk mencari pendapatan dan ingin membantu keluarga, Nur Izni mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan dengan menjadi Agen Sah bagi produk Sabun Pisang oleh ZiraZamer. Dari sini, beliau mula mendapatkan bimbingan dan latihan keusahawanan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan beliau dalam perniagaan. Bermula dengan kelas bimbingan pemasaran di Shopee, seterusnya pengenalan perniagaan di laman sosial iaitu FB, Nur Izni kini semakin yakin mengorak langkah untuk terus meningkatkan lagi jualan dan pemasaran sabun pisangnya. Dari seorang yang pemalu dan pendiam, Nur Izni kini mulai menjadi seorang yang yakin akan kemampuan dirinya setelah mengkiuti latihan dan mendapat bimbingan dari petugas PI Kg Merapoh.

1

2

Nur Izni  aktif mengikuti program dan kelas keusahawanan di PI Kg Merapoh.