Nama: Rahimatun Husna Binti Saharuddin

Umur: 18 Tahun

Ahli: 2013

Latar belakang

Rahimatun merupakan antara yang terawal mendaftar sebagai ahli PI Kg Merapoh semenjak PI Kg merapoh ditubuhkan. Walaupun telah lama mendaftar sebagai ahli PI, beliau bukanlah pengunjung yang selalu menggunakan perkhidmatan PI. Di usia beliau kini iaitu 18 tahun, rakan-rakan beliau sedang sibuk memilih Institusi Pengajian Tinggi untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi, namun tidak bagi beliau. Rahimatun hanya menghabiskan pendidikan di tahap sekolah rendah sahaja dan tidak sempat menghabiskan pendidikan sekolah menengah memandangkan masalah peribadi yang dihadapi. Disebabkan itu, beliau banyak menghabiskan masanya di rumah sahaja. Bagi mengelakkan Rahimatun ketinggalan jauh kebelakang, ibunya iaitu Puan Hasliza yang juga merupakan usahawan PI Kg Merapoh telah memberikan dorongan kepada anaknya itu untuk ke PI Kg Merapoh bagi mempelajari dan meningkatkan kemahiran ICT yang semakin penting masa kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum hadir ke PI, kebanyakkan masa Rahimatun dihabiskan dengan hanya duduk di rumah kerana beliau tidak bersekolah. Beliau banyak menghabiskan masa dengan hanya membantu ibunya yang berniaga secara kecil-kecilan di rumah. Selain itu, tahap pengetahuan ICT Rahimatun sangat terhad dan beliau tidak pandai dalam menggunakan komputer. Beliau ketinggalan jauh dalam pelajaran berbanding dengan rakan-rakan seusianya yang lain yang mana ada yang telah menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tambahan lagi, beliau juga bersikap pemalu dan pendiam kerana tidak mempunyai ramai kawan. Disebabkan itu, ibunya, Puan Hasliza sangat risau akan keadaan beliau untuk kehidupan masa akan datang seterusnya mendorong Rahimatun supaya meningkatkan kemahiran ICT di PI Kg Merapoh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI serta latihan yang berterusan, tahap kemahiran ICT Rahimatun semakin meningkat. Beliau semakin mahir dalam menggunakan beberapa perisian dalam komputer. Kemahiran menaip juga semakin meningkat melalui aplikasi menaip atas talian disamping dengan latihan berterusan  yang dilakukan setiap kali beliau hadir ke Pusat Internet.  Selain itu, beliau juga semakin mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office 2010 iaitu MS Word, MS Powerrpoint, MS Excel dan MS Publisher. Dengan peningkatan kemahiran dalam menggunakan komputer, tahap keyakinan Rahimatun juga semakin meningkat. Sikap pendiam dan pemalu juga sudah dapat diatasi dan menjadikan beliau lebih yakin untuk bergaul dengan rakan-rakan seusianya yang lain. Tambahan lagi, Rahimatun juga dapat mengaplikasikan kemahiran ICTnya sekiranya beliau ingin bekerja suatu hari nanti memandangkan beliu sudah tidak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

1

Kelas MS Power Point yang disertai

2

Rahimatun sedang mempelajari cara membuat carta menggunakan MS Excel