DJAH KUKIS

Nama: Mohd Soleh Bin Zakaria

Umur: 33 Tahun

Ahli: 2018

Latar belakang

Encik Mohd Soleh Zakaria merupakan suami kepada usahawan PI Merapoh iaitu Puan Khadijah yang bersama –sama mengusahakan perniagaan mereka, Djah Kukis. Sebelum berpindah ke Merapoh, Encik Soleh bekerja sebagai Juruteknik di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Oleh kerana ayah beliau jatuh sakit, Encik Soleh mengambil keputusan untuk berpindah dan terus menetap di kampung halamannya di Kg Berhamah, Merapoh. Isteri Encik Soleh iaitu Puan Khadijah amat meminati bidang pembuatan biskut. Pada mulanya, Puan Khadijah mengambil tempahan kuih raya secara kecil-kecilan dari rakan - rakan beliau. Bagi mendapatkan ilmu berkenaan pemasaran, Puan Khadijah selalu mengikuti kelas latihan usahawan pada awal penubuhan PI Merapoh. Namun beliau mengalami kekangan masa dan kesukaran untuk berkunjung ke PI lebih kerap sejak mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil.  Bagi menyokong minat dan usaha Puan Khadijah, Encik Soleh membantu dalam operasi pembuatan biskut raya Djah Kukis. Bermula dari situ, mereka mengorak longkah untuk membesarkan lagi perniagaan dari rumah mereka ini ke pasaran yang lebih meluas ke seluruh negara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan Encik Soleh dan Puan Khadijah sebelum ini banyak tertumpu pada pemasaran secara offline dan berskala kecil. Mereka juga ada meminta bantuan kewangan dan mengikuti latihan keusahawanan PKS dari Risda dan agensi-agensi lain. Bagi meluaskan pasaran produk mereka, Encik Soleh menjadi tulang belakang utama dalam Djah Kukis dengan membantu menghantar stok-stok biskut dan kuih-muih antaranya Kapoit Crispy ke pasaraya-pasaraya sekitar Gua Musang dan Kota Bharu. Oleh kerana mereka melalui cabaran baharu iaitu Pandemik Covid 19 yang menyukarkan mereka untuk menghantar stok secara tidak langsung menjejaskan jualan mereka berikutan para pembeli sukar untuk keluar. Beliau dan isteri mempromosikan produk mereka di laman sosial namun tidak mendapat sambutan yang menggalakan berikutan  tidak mempunyai kemahiran dan teknik yang betul bagi mempromosikan di laman sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi mengatasi cabaran dalam menghadapi Pandemik Covid 19 yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada perniagaan Djah Kukis, Encik Soleh tampil menghadiri Kursus Bimbingan Shopee di PI Kg Merapoh bagi mendapatkan bimbingan secara langsung cara untuk mempromosikan dan menjual produk Djah Kukis di platform atas talian. Di dalam Kursus ini, beliau mempelajari cara untuk membuat dan mengemaskini  profil kedai secara atas talian, memuatnaik produk, menguruskan pesanan dan lain-lain. Selain itu, bagi meningkatkan lagi kemahiran ICT di dalam diri, Encik Soleh juga mempelajari cara untuk mengambil gambar produk secara lebih berkesan dan menarik serta membuat posting yang boleh mendapatkan engagement dari rakan-rakan media sosial yang lain.

bengkel soleh 2

Encik Soleh mendapatkan bimbingan untuk menjual produk di atas talian

produk soleh

Diantara produk yang dihasilkan oleh Djah Kukis