Nama: Rahmah Binti Hassan

Umur: 52 Tahun

Ahli: 2016

Latar belakang

Puan Rahmah merupakan seorang ibu dan pengusaha kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan Merapoh. Beliau mula mengenali Pusat Internet Kg Merapoh apabila diberi tugasan untuk menyediakan salinan penduduk kampung beliau setelah diberi taklifan memegang jawatan sebagai Setiausaha JKKK Kg Mentara, Merapoh. Pada awalnya, beliau meminta bantuan petugas PI untuk menaip bagi pihak beliau berikutan kurang mahir menaip dalam waktu yang cepat dan beliau tidak yakin menggunakan Microsoft Office 2010. Namun sedar akan tugasan dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh beliau bagi memastikan gerak kerja JKKK kampung beliau berjalan lancar terutamanya ketika PKP ini, beliau meminta bantuan petugas bagi membimbing beliau mempelajari asas ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum dilantik menjadi setiausaha JKKK Kg Mentara, Puan Rahmah memfokuskan kehidupan beliau dengan pekerjaan di Kantin sekolah dan juga keluarga. Oleh kerana kurangnya pendedahan secara langsung berkenaan ICT dan Microsoft Office 2010 dalam urusan harian, ilmu asas komputer yang pernah beliau pelajari ketika di usia remaja beransur dilupai. Hal ini menjadikan beliau kurang berkeyakinan dalam menggunakan Microsoft Office 2010 seperti Word dan Excelbagi menyiapkan laporan dan tugasan yang lain. Oleh itu bagi menyiapkan laporan yang diperlukan, beliau selalu hadir ke PI dan meminta petugas menaip laporan yang telah beliau siapkan dengan tulisan tangan. Sedar bahawa adanya kelas latihan ICT secara percuma bagi ahli PI seperti beliau, Puan Rahmah meminta petugas PI membimbing beliau dalam meningkatkan kemahiran menaip dan membantu beliau menyiapkan laporan dan surat menyurat menggunakan Microsoft Office 2010.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI serta latihan yang berterusan, Puan Rahmah kini sudah mula yakin untuk menggunakan komputer. Kemahiran menaip juga semakin meningkat melalui aplikasi menaip atas talian disamping dengan latihan berterusan yang dilakukan setiap kali beliau hadir ke Pusat Internet. Selain itu, beliau juga semakin mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office 2010 iaitu MS Word, dan MS Excel. Dengan peningkatan kemahiran dalam menggunakan komputer, beliau kini semakin yakin untuk menggalas tanggungjawab dan tugasan yang diberikan.

CIT 1

Puan Rahmah memepelajari cara menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word 2010

CIT 4

Puan Rahmah mempelajari cara untuk mencetak laporan yang telah siap