KAKLONG DEEJAY SEMAKIN DIKENALI

Nama: Juzailah Ilyani Binti Abd Khalim

Umur: 39 Tahun

Ahli: 2019

Latar belakang

Puan Juzailah Ilyani atau mesra dipanggil Kak Long oleh warga setempat merupakan seorang usahawan yang serba boleh.Di kala memegang jawatan yang banyak dan penting dalam organisasi Wanita dan AIM Cawangan Bekong, beliau juga giat mengusahakan warung kedai makan miliknya serta perkhidmatan PA Sistem disekitar Lipis – Merapoh – Gua Musang. Selain itu, beliau hanya bergantung kepada koleksi lagu lagu di dalam file yang diperoleh dari kedai telefon, dan file file lama bagi tujuan program dan kenduri yang ditempah oleh pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum bertemu petugas Pusat Internet, Kak long hanya mempromosikan perkhidmatan yang beliau jalankan melalui aplikasi whatapps dan facebook kepada rakan-rakannya. Beliau juga turut membuat promosi secara offline. Walaupun beliau meruapakan ahli aktif PI Kg Merapoh,beliau tidak mengetahui bahawa PI juga boleh membantu dalam membimbing usahawan tempatan dalam meningkatkan lagi kemahiran ICT dan usahawan di dalam diri

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah berkunjung ke Pusat Internet Kg Merapoh, beliau mula mempelajari cara untuk membuat Perbankan Online, meningkatkan kemahiran menaip dan mempelajari asas ICT di Pusat Internet. Selain itu, beliau juga mula sedari kepentingan dalam memasarkan perniagaan dan perkhidmatan yang beliau jalankan melalui platform online. Oleh itu, beliau mula aktif dalam memperkenalkan dan mengemaskinikan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan beliau di laman FB, Whatapps dan juga Instagram.

Tambahan pula, bagi meningkatkan lagi kemahiran ICT yang terkini, beliau sanggup untuk hadir ke program dan kelas- keas keusahawanan walaupun di kala masanya yang padat. Diantara program dan kelas yang beliau telah hadiri ialah kelas mengedit video lagu (mp4 dan mp3) bagi persedian program dan kenduri di bawah perkhidmatan PA Sistem beliau. Tambahn pula, beliau juga tidak pernah terlepas untuk menyertai kelas kemahiran komputer dalam menyalin dan mengambil data dengan menggunakan Whatapps web cara mengambil peta perniagaan beliau dan mencetak terus dari internet dan lain-lain.

Selain itu, beliau kelihatan semakin berkeyakinan dan menyerlah di dalam perkhidmata PA Sistem kerana telah berjaya menjadi Pengacara Program (Emcee) bagi program larian di Merapoh iaitu Merapoh Fun Run & Cave Run yang menjadi tumpuan peserta di dalam Malaysia serta golongan VVIP. 

3

Pn. Juzailah sedang mempelajari cara mengedit video

4

Semakin dikenali oleh penganjur-penganjur program besar bagi menyediakan khidmat PA sistem