KELAS ICT PASCA SPM MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN ICT REMAJA SETEMPAT

Nama: Pelajar Pasca SPM 2019

Umur: 19 Tahun

Ahli: 2019

Latar belakang

Tamat SPM bukan bermakna tamat proses pembelajaran. Pelbagai lagi cabang ilmu yang perlu ditempuhi oleh pelajar-pelajar lepasan SPM ini. Antaranya ialah ilmu berkenaan dengan teknologi maklumat (ICT). Memandangkan pembangunan yang semakin berkembang kini, kemahiran dalam teknologi maklumat amat penting dalam diri seseorang terutamanya terhadap golongan pelajar. Kebanyakan aktiviti dalam kehidupan masa kini sangat memerlukan seseorang tersebut untuk mempunyai kemahiran ICT terutamanya dalam sektor pekerjaan.Memandangkan pelajar lepasan SPM yang mempunyai masa lapang yang banyak, pihak PI Kg Merapoh telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas ICT yang dikhususkan kepada pelajar lepasan SPM. Kelas ini adalah bertujuan untuk meningkatkan nilai tambah dalam diri pelajr iaitu kemahiran ICT supaya para pelajar lepasan SPM dapat mengaplikasikan kemahirann tesebut apabila menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mahupun yang ingin terus melibatkan diri dalam pekerjaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan pusat internet, kebanyakan pelajar sekolah kurang didedahkan dengan penggunaan ICT terutamanya dalam penggunaan komputer. Kebanyakan dari mereka masih ramai yang tidak mahir dalam menggunakan perisian seperti Micrsoft Office. Walaupun di sekolah mereka terdapat makmal komputer, aktiviti pembelajaran ICT masih lagi kurang mencukupi kerana kemudahan di makmal tersebut masih kurang terutamanya kemudahan rangkaian internet. Hal ini telah menjejaskan proses pembelajaran pelajar sekolah dalam bidang ICT. Tambahan lagi, kekangan masa juga merupakan faktor pelajar ini kurang pendedahan berkenaan dengan kemahiran ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti latihan dan bimbingan melalui kelas ICT Pasca SPM, pelajar lepasan SPM ini semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excel. Pelajar yang mengikuti kelas ini telah semakin mahir dalam menggunakan fungsi-fungsi Microsoft Office tersebut. Tambahan lagi, kemahiran menaip mereka juga semakin meningkat memandangkan petugas PI memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menaip dengan betul.

          Disamping itu, petugas PI juga telah membantu mereka bagaimana untuk membuat resume menggunakan perisian Microsoft Publiser dan perisian online iaitu Canva.com. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bagi persediaan untuk mencari pekerjaan pada masa akan datang. Pembelajaran mengenai perisian tersebut telah membantu mereka dalam membuat resume dengan lebih kemas dan menarik. Secara keseluruhannya, kelas ICT ini telah membantu para pelajar lepasan SPM meningkatkan nilai tambah dalam diri bagi persediaan dalam menempuh cabaran selepas fasa persekolahan.

1

Pelajar sedang mempelajari asas Microsoft Word 2010

2

Kelas Microsoft Excel 2010