USAHAWAN LEADER SUSU KOLOSTRIUM

Nama: Mohd Yazid Dhamiri

Umur: 33 Tahun

Ahli: 2016

Latar belakang

Encik Yazid merupakan seorang anak muda yang sangat progresif dan berani mencuba. Mempunyai seorang isteri dan 4 orang cahaya mata yang masih kecil, Encik Yazid banyak menceburi bidang pekerjaan demi mencari pendapatan yang stabil buat keluarga. Beliau pernah terlibat dalam MLM (Gamat Emas) namun hanya dapat bertahan di pertengahan jalan. Beliau juga turut melakukan kerja-kerja kampung dan masih menanti panggilan serta peluang dalam mendapat tawaran pekerjaan yang tetap demi keluarga beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali dan berkunjung ke PI Kg Merapoh, Encik Yazid telah dilantik oleh JKKK Kg Mentara untuk memegang posisi sebagai Ketua Belia 4B Kg Mentara yang baru sahaja ditubuhkan di sana. Oleh kerana ketiadaan komputer, Internet serta mesin Print di rumah beliau serta di Pejabat JKKK, beliau di cadangkan oleh Ketua Kampung Mentara iaitu Encik Zulkifli untuk berkunjung ke PI Kg Merapoh. Di sana beliau telah dibantu oleh petugas cara untuk membuat surat rasmi, headletter poster dan lain-lain yang berkaitan dengan urusan tugas beliau. Selain itu, beliau dan juga isteri aktif menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh PI dan merupakan Skuad PI Kg Merapoh yang banyak membantu perjalanan program di PI. Dari situ timbul minat beliau untuk mencuba sekali lagi dengan menceburi bidang jualan Produk Kesihatan di mana beliau amat tertarik untuk menyertai dan berkongsi khasiat Susu Kolustrum C2Joy kepada orang ramai. Oleh kerana kekurangan ilmu di dalam platform jualan secara online, beliau mendapatkan perkhidmatan dan bimbingan dari petugas PI Kg Merapoh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Di antara perubahan yang dilihat selepas mendapatkan bimbingan dari petugas PI serta hasil usaha Encik Yazid mencari ilmu tambahan di luar, beliau telah mula memberanikan diri untuk lebih serius menceburi bidang perniagaan secara online terutamanya di dalam Produk Jualan Susu Kolostrum C2Joy yang diyakini dapat memberi manfaat kepada orang ramai yang menggunakannya. Beliau mula bergiat aktif secara offline dan juga online di platform media sosial terutamanya di Fb dalam pemasaran produk serta membantu downline-downline beliau menjana pendapatan sampingan. Selain itu, penggunaan ayat copywriting beliau juga semakin bertambah baik melalui bimbingan yang diberikan.

1

Encik Yazid di awal penglibatan beliau bersama PI Kg Merapoh dalam mendapatkan bimbingan asas komputer

2

Encik Yazid bersama isteri aktif memberi penerangan dan bimbingankepada ahli dan anak-anak buah beliau berkenaan Kebaikan Produk Susu C2Joy