USAHAWAN TUDUNG BAWAL MANIK TABUR

Nama: Noorafiza Binti Mohamad

Umur: 32 Tahun

Ahli: 2019

Latar belakang

Puan Noorafiza merupakan surirumah sepenuh masa yang menguruskan suami dan 2 orang anak yang masih kecil. Cabaran bermula apabila beliau sedar, pendapatan suami seorang tidak mampu menampung perbelanjaan keluarga berikutan kos kehidupan yang semakin meningkat. Dengan minat dan peluang yang terbuka di hadapan, beliau memberanikan diri mencuba mencari pendapatan sampingan dengan menjual tudung bawal manik tabur.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum bertemu petugas Pusat Internet, Puan Noorafiza memfokuskan promosi tudung beliau di dalam group whatapps Iklan Jualan di Merapoh. Posting beliau mendapat kecaman dari ahli group yang lain memandangkan beliau menghantar 20 keping gmbar sekaligus dalam setiap 1 jam tanpa sebarang butiran. Ada beberapa ahli group menasihati dan menegur beliau. Petugas PI Kg Merapoh turut membantu beliau dengan menunjukkan cara dan aplikasi photo editor namun beliau tidak dapat memahami berikutan tiada komunikasi dua hala yang berlaku. Oleh itu, petugas menjemput dan meminta Puan Noorafiza untuk hadir ke PI jika berkelapangan bagi memberikan bimbingan secara betul dlaam mempromosikan dan menjual di platform Whatapps.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ketika berkunjung ke Pusat Internet Kg Merapoh, beliau bertemu mata denga petugas PI dan mula mempelajari cara untuk membuat posting dengan berkesan. Petugas PI Kg Merapoh juga turut mendedahkan kepada beliau cara menulis butiran produk jualan beliau, apa yang perlu bagi menarik perhatian pembeli, cara untuk salin dan tampal dari notes kepada whatapps. Selain itu, petugas turut membimbing Puan Noorafiza cara untuk update stock dan status di whatapps bagi menarik rakan-rakan serta pelanggan beliau melihat.

1

Puan Noorafiza hadir ke PI bagi mempelajari teknik promosi menggunalan Whatsapp.

2

Puan Noorafiza (Dua dari kanan) turut menyertai kelas keusahawan yang dianjurkan oleh PI