MINAT KOMPUTER MENJADI PEMANGKIN KEPADA KEMAHIRAN ICT

Nama: Muhammad Akmal Bin Haris

Umur: 8 Tahun

Ahli: 2019

Latar belakang

Muhammad Akmal mula berkunjung ke Pusat Interet semenjak berumur 7 tahun dan telah mendaftar sebagai pelawat pada mulanya. Namun bapanya telah mendaftarkan beliau sebagai ahli kerana kerapnya beliau ke Pusat Internet. Akmal merupakan anak tunggal yang dibesarkan oleh bapanya kerana ibunya bekerja di bandar Kuala Lumpur. Disebabkan oleh kelapangan waktu beliau, bapanya telah membawa beliau berkunjung ke Pusat Internet Kg Merapoh bagi mengisi masa yang terluang. Pada awalnya, bapa beliau sering bertanya berkenaan dengan aktiviti di PI kerana sentiasa melihat kanak-kanak yang sebaya Akmal sering berkunjung ke PI.Setelah mendapat sedikit maklumat, beliau mula membawa akmal berkunjung ke PI selepas waktu sekolah memandangkan Akmal masih belum terlibat dengan kelas Kafa. Walaupun pertama kali berkunjung ke PI, Akmal sedikit pun tidak malu bertanyakan kepada petugas PI berkenaan pendaftaran sebagai pengguna komputer.Beliau sangat teruja apabila dapat menggunakan komputer buat pertama kali. Pada mulanya, beliau sememangnya tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam manggunakan komputer dan sentiana meminta bantuan petugas PI. Disebabkan keterujaan beliau untuk menggunakan komputer, beliau tidak kekok untuk meminta bantuan petugas PI walaupun beliau seorang yang agak pendiam dan pemalu. Hal ini menjadi pendorong kepada beliau untuk memahami dengan lebih cepat bagaimana untuk menggunakan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Akmal langung tidak pandai menggunakan komputer. Oleh itu, beliau sering meminta bantuan petugas PI apabila menggunakan komputer. Selain itu, Akmal sentiasa diperhatikan oleh bapanya yang selalu menemaninya sepanjang beliau berada di PI. Sebelum penglibatan PI, Akmal kebiasaannya menghabiskan masa menggunakan komputer dengan hanya melayari laman web youtube untuk menonton kartun kegemarannya. Akmal memerlukan bantuan untuk melayari laman youtube tersebut. Tahap kemahiran Akmal dalam menggunakan komputer pada ketika itu adalah sangat terhad dan memerlukan pertolongan dari petugas PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan daripada petugas PI, kini Akmal semakin mahir dalam menggunakan komputer dan melayari internet dengan sendiri tanpa bantuan petugas PI lagi. Walaupun ketika itu beliau hanya di berumur 7 tahun, namun, beliau sudah mampu mengenalpasti setiap fungsi asas bagi perisian dan perkakasan komputer. Melalui kelas asas komputer yang dijalankan di PI, Akmal juga telah semakin mahir dalam menggunakan perisian asas Microsoft Word. Melalui aplikasi menaip online seperti typingclub.com yang telah diperkenalkan kepada beliau, beliau telah mampu untuk menaip dengan betul menggunakan komputer. Tambahan lagi, selepas penglibatan PI, penggunaan komputer oleh Akmal juga sudah tidak terhad kepada Youtube sahaja kerana beliau sudah mahir untuk membuka pelbagai aplikasi pembelajaran secara online seperti abcya.com, gamestolearnenglish, lingohut dan canva.com. Selepas penglibatan PI, beliau boleh dikatakan mahir dalam menggunakan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Tambahan lagi, tahap kemahiran Bahasa Inggeris Akmal juga semakin baik melalui kelas Bahasa Inggeris yang dijalankan pada setiap minggu di PI dengan kerjasama NGO Malayan Rainforest Station.

1

Akmal sedang mempelajari bahasa asing menggunakan laman web lingohut.com

2

Akmal (dua dari kanan) menghadiri kelas Bahasa Inggeris bersama MRS