USAHAWAN SAMBAL HITAM ALI PAKNGAH

Nama: Ahmad Fadli Bin Ibrahim

Umur: 29 Tahun

Ahli: 2016

Latar belakang

Dilahirkan didalam sebuah keluarga yang menjalankan aktiviti perniagaan telah membentuk minat usahawan sambal hitam ali pakngah Ahmad fadli untuk mencuba nasib dalam memasarkan sambal hitam resepi milik keluarga di pasaran. Memilih untuk tinggal di kampung halaman menjaga ibunya menjadikan ahmad memilih untuk mencari pendapatan sampingan selain melakukan kerja-kerja kampung sebagai sumber pendapatan. Selain itu, pada waktu terluang, beliau aktif dalam menyampaikan dakwah kepada penduduk sekitar merapoh dan lipis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di dalam dunia perniagaan sambal hitam, Ahmad aktif berkunjung ke Pusat Internet dalam mencari pekerjaan secara online melalui laman portal SPA, jawatankosongkerajaan dan lain-lain. Dari situ, beliau mula mengetahui bahawa pusat internet menyediakan kelas bimbingan ICT dan juga usahawan. Berbekalkan dengam minat, kemahiran dalam membuat sambal hitam Pahang, Ahmad mulai menghasilkan sambal hitam miliknya. Pada mulanya beliau hanya mempromosikan pada rakan-rakan terdekat melalui aplikasi whatapps dan di facebook namun dek kerana jualan tidak memberangsangkan, beliau mulai mendapatkan khidmat bimbingan di pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan mengikuti kelas usahawan di PI, beliau mempelajari cara untuk mengambil gambar produk dengan berkesan, membuat posting yang menarik perhatian pembeli di media sosial, mempelajari cara membuat poster produk dan lain-lain. Beliau juga turut membuat prmosi di laman sosial seperti di IG dan facebook di waktu peak hour, dengan posting yang lebih baik. Bagi membawa sambal hitam beliau ke pasaran yang lebih meluas, beliau telah mendaftarkan perniagaannya di SSM dengan nama Sambal Hitam Pahang Ali Pakngah. Mengambil maklum bahawa tanpa bantuan dari badan-badan kerajaan yang memberi ruang kepada usahawan tempatan, beliau telah berkunjung ke pejabat MARA serta TEKUN bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan yang lebih menyeluruh untuk meletakkan sambal hitam beliau ke pasaran yang lebih meluas.

1

Fadli belajar mengambil gambar produk di PI Kg Merapoh

2

Produk yang dikeluarkan oleh Ahmad Fadli