KESUNGGUHAN MENGATASI SEGALANYA

Nama: Faridah Hanim Binti abdullah Yaakub

Umur: 48 Tahun

Ahli: 2019

Latar belakang

Puan Faridah merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak dan dua orang adik yang kelainan upaya. Beliau telah kehilangan suami ketika beliau sedang mengandungkan anak tunggalnya. Beban yang terpaksa ditanggung oleh beliau menyebabkan beliau tidak dapat keluar bekerja kerana terpaksa menjaga anak dan dua orang adiknya yang kelainan upaya.Bagi menampung perbelanjaan harian, beliau hanya bergantung kepada pencen yang ditinggalkan oleh suaminya dan menerima sedikit bantuan zakat yang tidak seberapa. Memandangkan anaknya telah bersekolah dan mampu menguruskan diri sendiri, Puan Faridah mula untuk mencari pekerjaan bagi menaikkan taraf hidupnya sekeluarga. Beliau mula datang ke Pusat Internet Kg Merapoh bagi meningkatkan kemahiran dirinya terutama dalam bidangn ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum hadir ke PI, tahap pengetahuan ICT Puan Faridah sangat terhad dan beliau tidak pandai dalam menggunakan komputer. Kebanyakkan masa beliau dihabiskan dengan hanya duduk di rumah dan tidak bekerja. Disebabkan anaknya telah besekolah menengah, beliau ingin mencari pekerjaan bagi mengisi masa lapang dan meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Namun, kemahiran komputer yang terhad membataskan beliau untuk mencari pekerjaan. Tambahan lagi, beliau tidak yakin untuk menggunakan Microsoft Office 2010 berikutan kurang kemahiran dan pendedahan untuk menggunakan perisian tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI serta latihan yang berterusan, Puan Faridah kini sudah mula yakin untuk menggunakan komputer. Kemahiran menaip juga semakin meningkat melalui aplikasi menaip atas talian disamping dengan latihan berterusan yang dilakukan setiap kali beliau hadir ke Pusat Internet. Selain itu, beliau juga semakin mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office 2010 iaitu MS Word, dan MS Powerrpoint. Dengan peningkatan kemahiran dalam menggunakan komputer, beliau kini semakin yakin untuk mencari pekerjaan dalam meningkatkan taraf hidup keluarga beliau.

1

Faridahanim mempelajari asas dalam menaip menggunakan aplikasi www.typingclub.com

2

Faridahanim turut mempelajari kemahiran Bahasa Inggeris