USAHAWAN WANITA SERBA BOLEH

Nama: Juzailah Ilyani Binti Abd Khalim

Umur: 38 Tahun

Ahli: 2019

Latar belakang

Puan Juzailah Ilyani atau mesra dipanggil Kak Long oleh warga setempat merupakan seorang ibu kepada dua orang anak yang kini sedang meniti alam persekolahan. Dibesarkan oleh ibunya yang menyara kehidupan mereka sekeluarga tanpa seorang ayah di sisi melalui gerai makanan tengahari sedikit sebanyak telah membentuk Kak Long menjadi seorang wanita yang berjiwa kental dan tidak mudah berputus asa dengan kehidupan. Bermula dengan perniagaan homestay kemudian beralih dengan perniagaan gerai makanan sendiri, kak long turut melakukan kerja sampingan seperti menyediakan perkhidmatan PA System kepada warga sekitar Merapoh, Lipis dan Gua Musang. Memangku jawatan utama sebagai  Pengerusi AIM Cawangan Merapoh dan mantan sebagai Ketua Wanita dan Puteri tidak menjadikan Kak Long lelah dalam mencari sumber pendapatan yang stabil buat keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum bertemu petugas Pusat Internet, Kak long hanya mempromosikan perkhidmatan yang beliau jalankan melalui aplikasi whatapps dan facebook kepada rakan-rakannya. Beliau  juga turut membuat promosi secara offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah berkunjung ke Pusat Internet Kg Merapoh, beliau mula mempelajari cara untuk membuat Perbankan Online, meningkatkan kemahiran menaip dan mempelajari asas ICT di Pusat Internet.  Selain itu, beliau juga mula sedari kepentingan dalam memasarkan perniagaan dan perkhidmatan yang beliau jalankan secara lebih meluas melalui platform online. Oleh itu, beliau meminta bantuan petugas PI dalam  membimbing beliau dalam memasarkan perniagaan beliau menggunakan google business agar kedai makan beliau dan perkhidmtan yang disediakan mendapat perhatian bukan sahaja dari pelanggan dalam negara, malahan dari luar negara berikutan lokasinya berhampiran dengan laluan ke  Taman Negara Relau.

kelas 3

Kak Long sedang belajar bagaimana menggunakan email

pa system

Perkhidmatan PA sistem yang disediakan oleh Kak Long di majlis kahwin