PRODUK KOSMETIK HASIL INOVATIF USAHAWAN TEMPATAN

Nama: Norhayati Binti Salleh

Umur: 43 Tahun

Ahli: 2018

Latar belakang

Pemilik bernama Puan Hayati Salleh atau lebih dikenali sebgai cikgu Hayati , merupakan seorang Guru Kaunseling di siang hari, manakala di malam hari beliau menjana idea dalam menghasilkan produk kosmetik yang mesra alam dan selamat tanpa bahan kimia melalui produk beliau sendiri iaitu Atie Tie Beauty.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum bermulanya penghasilan produk beliau, idea tercetus dek kerana permasalahan wajah dari Puan Hayati sendiri. Beliau menghidapi masalah kulit wajah yang berjerawat, berminyak dan parut yang jelas kelihatan. Beliau telah mencuba beberapa produk di pasaran namun tidak berjaya. Oleh itu, kerana minat yang mendalam dalam kajian dan kosmetik, beliau mula menubuhkan Atie Tie Beauty hasil dari try and error serta dibawa kepada ujian makmal utnutk mendapatkan pengesahan dari KKM akan keselamatan produk beliau. semangat belaiu untuk menjadi usahawan Berjaya semakin membara selepas mendapat pengesahan dari KKM namun terkubur dek kerana kurang keyakinan dalam sambutan dari pengguna di pasaran sehinggalah beliau berjumpa petugas Pusat Internet Kg Merapoh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas kemahiran keusahawan dan bertemu petugas PI Kg Merapoh, keyakinan Puan Hayati telah mula bercambah dalam menjalankan promosi dan pengenalan produk Atie Tie Beauty secara progresif. Di Kelas keusahawan PI, beliau mula mempelajari cara dan teknik promis hard sell dan soft sell di media sosial, cara dan teknik untuk mengambil gambar produk, tips untuk menarik pelanggan dan meningkatkan jualan. Selain daripada itu, belaiu juga mengambil peluang meningkatkan kemahiran komputer dan menjana kekreatifan beliau dalam menghasilkan label, facebook post, poster dengan menggunakan Canva dan Paint dalam mengedit gambar produk. Kini, berbekalkan semangat tidak putus asa dan cintakan ilmu, beliau sentiasa mencari peluang untuk hadir ke kelas keusahwanan PI dalam meningkatkan jualan serta memberi kesedaran kepada para pengguna produk kosmetik supaya memilih produk yang selamat tanpa bahan kimia

 

KELAS 6

Puan Hayati dibimbing oleh petugas dalam membuat facebook post menggunakan Canva

KELAS 2

Puan Hayati dibimbing oleh petugas dalam membuka dan menguruskan akaun fb dan page produk beliau di telefon pintar