USIA BUKAN PENGHALANG UNTUK BERMULA  DALAM PERNIAGAAN– HSY GUEST HOUSE MERAPOH

Nama: Norsitah Binti Yusoff

Umur: 45 Tahun

Ahli: 2018

Latar belakang

Pemilik nama Puan Norsitah Binti Yusoff , merupakan seorang usahawan yang berdaya saing dan suka menerokai ilmu bidang pernigaan yang boleh beliau pelajari dan gunakan untuk mempromosikan Guest House beliau di RPS Merapoh. Sebelum diperkenalkan dengan Kelas Usahawan oleh petugas PI Kg Merapoh, beliau menanggung kerugian berikutan rumah Guest house telah siap dibina namun tidak mendapat mana mana tempahan untuk diduduki. Namun, segalanya berubah setelah beliau bertemu dengan petugas PI. Beliau telah menyertai kelas keusahawanan untuk belajar selok belok perniagaan secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidah tahu cara untuk mempromosikan Guest House beliau. Beliau banyak bertanya pada rakan rakan yang lain namun tidak tahu caranya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Merapoh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan Guest House beliau. Beliau juga telah diberi tunjuk ajar oleh petugas cara untuk mempromosikan Guest House beliau bukan setakat di FB malahan di booking.com, serta cara untuk mewujudkan carian guest house beliau di google maps agar pelanggan dapat menyedari kewujudan guest house beliau yang terletak di tengah tengah perkampungan merapoh. Beliau juga turut menerima cadangan petugas untuk berkolaborasi dengan pemilik Merapoh Adventure dalam menyediakan tempat tinggal kepda pelancong luar. Beliau juga turut memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI serta ilmu yang beliau cari sendri memandangkan beliau seorang usahawan yang berani mencuba serta tidak jemu mencari ilmu bagi sesuatu yang baru.

HSY GUEST

Guesthouse milik Puan Norsitah

HSY GUEST FB

Facebook HSY Guest House