UMUR BUKAN PENGHALANG UNTUK MAHIR ASAS MENGGUNAKAN KOMPUTER

Nama: Muhammad Shahrul Haziq Bin Zainurin

Umur: 8 Tahun

Ahli: 2017

Latar belakang

Muhammad Shahrul Haziq merupakan antara pengguna Pusat Internet Kg Merapoh yang termuda. Beliau mula menjejakkan kaki ke PI ketika berusia 7 tahun kerana mengikut abangnya yang juga ahli PI Kg Merapoh. Pada mulanya, beliau sememangnya tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam manggunakan komputer. Bapanya sering memberi galakan untuk mempelajari komputer dan sentiasa menghantarnya ke PI selepas habis waktu persekolahan. Beliau merupakan seorang yang pendiam tetapi mempunyai sifat sentiasa ingin tahu. Hal ini menjadikannya lebih mudah untuk belajar menggunakan komputer. Sebelum menyertai kelas dan program di PI, beliau datang hanyalah untuk melayari laman web youtube. Hasil dari kelas kemahiran komputer dan program literasi digital PI, beliau sudah mampu untuk menggunakan Microsoft Office seperti Word dan Power Point. Selain daripada itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan laman web pendididkan yang menyeronokkan seperti abcya.com, kahoot dan typingclub.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Shahrul Haziq tidak pandai menggunakan komputer sehinggakan cara untuk menghidupkan komputer juga beliau tidak tahu. Oleh itu, beliau hanya memerhatikan sahaja pengguna-pengguna komputer yang lain menggunakan komputer. Disebabkan sifat ingin mencuba, beliau telah mula menggunakan komputer namun hanya dengan bantuan abangnya. Tambahan lagi, Shahrul Haziq hanya menggunakan komputer untuk melayari laman web youtube untuk menonton kartun. Tahap kemahirannya menggunakan komputer pada ketika itu adalah sangat terhad dan memerlukan pertolongan dari abangnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI, kini beliau mahir menggunakan komputer dan melayari internet dengan sendiri tanpa bantuan abangnya lagi. Walaupun ketika itu beliau hanya di berumur 7 tahun, namun, beliau sudah mampu mengenalpasti setiap fungsi asas bagi hardware komputer. Melalui kelas asas komputer yang dijalankan di PI, beliau juga telah pandai menaip menggunakan Microsoft Word. Penggunaan aplikasi online seperti Typing Club yang diperkenalkan kepadanya sedikit sebanyak telah membantunya dalam menaip dengan betul. Tambahan lagi, selepas penglibatan PI, penggunaan komputer oleh Shahrul Haziq sudah tidak terhad kepada Youtube sahaja kerana beliau sudah mahir untuk membuka pelbagai aplikasi pembelajaran secara online. Selepas penglibatan PI, beliau boleh dikatakan mahir dalam menggunakan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

1

Shahrul Haziq sedang mempelajari cara menaip dengan betul menggunakan laman web typingclub.

2

Shahrul Haziq (bertopi) menghadiri kelas asas Microsoft Power Point bersama rakan-rakannya