SENTIASA ADA PELUANG KEDUA (KELAS ICT BERSAMA AADK)

Nama: Orang Kena Pengawasan (OKP)

Ahli: 2018

Latar belakang

Terjebak dengan najis dadah amat memberi kesan terhadap kehidupan segelintir belia Kampung Merapoh dan sekitarnya.Kebanyakkannya bermula akibat pengaruh rakan sebaya membuatkan mereka terjebak dengan aktiviti tersebut seawal bangku persekolahan lagi. Kebanyakkan mereka yang terlibat dengan masalah dadah ini hanya menghabiskan pendidikan pada tahap sekolah menengah sahaja. Hal ini membuatkan mereka kurang pendidikan terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Seiring dengan peredaran zaman, pelbagai perkara perlu dibuat menggunakan teknologi maklumat pada hari ini seterusnya menyebabkan golongan ini mempunyai masalah apabila ingin membuat sesuatu yang memerlukan kemahiran teknologi maklumat. Walaupun mereka kurang disenangi masyarakat, mereka sentiasa mendapat perhatian dari kerajaan melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang memainkan peranan penting dalam membantu mereka keluar dari masalah penggunaan dadah disamping menjadikan mereka mempunyai modal insan yang berguna.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan pusat internet, golongan yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau lebih dikenali sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP) ini menjalankan proses pemulihan melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong royong membersihkan masjid, tanah perkuburan dan kawasan kampung. Disamping itu, merekan juga turut menyertai aktiviti-aktiviti keagamaan yang disediakan oleh AADK. Walaupun sentiasa menjalankan aktiviti kemasyarakatan, namun OKP masih kurang mempunyai pengetahuan dalam menggunakan teknologi maklumat sehinggakan mereka tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti latihan dan bimbingan melalui aktiviti pusat internet bersama AADK, golongan OKP ini semakin mahir dalam menggunakan komputer. Kebanyakkan yang tidak mempunyai pengetahuan dalam menggunakan komputer telah mahir dalam asas-asas penggunaan komputer. Antara perkara yang telah diajar kepada mereka adalah berkenaan dengan perkakasan dan perisian komputer. Kebanyakan dari OKP masih belum mengenali perkakasan komputer. Dengan aktiviti yang diadakan, sedikit sebanyak telah dapat membantu mereka mengenali perkakasan komputer dan fungsi-funsinya.

          Disamping itu, petugas PI juga telah membantu mereka bagaimana cara-cara membuat surat rasmi dengan menggunakan Microsoft Word. Selepas kelas tersebut, mereka semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Word terutamanya dalam membuat surat rasmi. Mereka juga telah pandai menaip dan tahu fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Word. Kemahiran ini dapat membantu mereka bagaimana untuk membuat surat permohonan bantuan sebagainya. Tambahan lagi, penerangan berkenaan dengan enjin carian google pula membolehkan mereka mencari maklumat dengan mudah seperti mencari pekerjaan kosong dan sebagainya.

1

Petugas pusat internet memberikan penerangan awal berkenaan dengan asas komputer

2

OKP sedang membuat surat rasmi menggunakan Microsoft Word dengan dibantu oleh petugas PI