MENGUSAHAKAN PRODUK BISKUT JEJARI COKLAT YANG SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI KOMUNITI KG MERAPOH DAN SEKITARNYA

Nama: Nor Aisah

Umur: 30 Tahun

Ahli: 2015

Latar belakang

Puan Aisah merupakan seorang surirumah yang mempunyai 3 orang anak berusia 6 tahun, 3 tahun dan 9 bulan. Beliau mempunyai seorang suami yang bekerja sebagai buruh binaan. Minatnya di dalam bidang masakan terutama dalam penghasilan kuih muih telah mendorong beliau untuk menghasilkan biskut jejari coklat secara kecil-kecilan disamping membantu menambah pendapatan keluarga dari rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali PI Kg Merapoh,fokus Puan Aisah hanyalah di rumah iaitu menguruskan anak-anak dan suami. Dimaklumkan bahawa beliau tidak terfikir dan takut untuk memulakan perniagaan dek kerana kekurangan ilmu dalam perniaagan. Beliau gemar membuat biskut, kuih muih, roti dan manisan serta snek yang lain untuk santapan keluarga beliau. Oleh kerana dorongan yang kuat dari suami dan rakan-rakannya, beliau mula mengorak langkah untuk berniaga kecil kecilah dengan percubaan pertama dalam penjualan Biskut Jejari Coklat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perspektif Puan Aisah tentang Pusat Internet terutamnaya PI Kg Merapoh telah mula berubah selepas mengenali petugas, menghadiri kelas latihan usahwan serta mendapatkan bimbingan dari petugas PI kg merapoh. Sebelum ini beliau menganggap PI hanyalah berfungsi sama seperti Cyber Café yang lain. PI lebih dari itu. Beliau telah mula sedar, untuk menjadi usahwan berjaya, beliau harus menuntut ilmu dan memerlukan bantuan dalam meningkatkan dan mempromosikan jualan produk miliknya. Di PI beliau mula mempelajari cara untuk memasarkan produk secara online melalui Whatapps, Facebook, MyShop. Beliau juga mempelajari cara- cara unutk membuat poster, flyers, dan sticker untuk diletakkan di dalam balang biskut jejari miliknya. Selain itu, beliau juga turut didedahkan dengan cara-cara unutk memohon bantuan dana serta latihan keusahawan tambahan di peringkat negeri seperti RISDA, EMPOWERMENT ECER, TUBE, TEKUN dan sebgainya. Kini, beliau sedang mula mengorak langkah memasarkan produk biskut jejari beliau di pasaran yang lebih luas di Gua Musang(vendor) dan Negeri Sembilan (agent) .selain itu, beliau mula menerokai pelbagai resepi baru yang boleh beliau ketengahkan di dalam produk jualan beliau melalui laman sesawang youtube.

 

1

Puan Aisah mempelajari cara membuat label untuk produk miliknya menggunakan canva

2

Puan Aisah dibimbing oleh petugas mencari dana dan bantuan latihan untuk usahawan tempatan