DARI SURIRUMAH KINI MAMPU MEMBUKA GERAI JUALAN

Nama: Robiah Binti Ismail

Umur: 39 Tahun

Ahli: 2016

Latar Belakang

Robiah Ismail atau lebih dikenali sebagai Kak Ruby merupakan salah seorang dari usahawan yang telah mendaftar dengan PI Kg Merapoh. Beliau seorang surirumah dan suaminya hanyalah bekerja sebagai guide ke Gunung Tahang jika diperlukan. Dikurniakan 6 orang Cahaya mata memerlukan Kak Ruby dan suami mencari alternatif tambahan dalam mencari sumber rezeki.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau mengenali PI Merapoh, beliau hanya berada di rumah menguruskan rumah tangga. Beliau juga menjual secara kecil-kecilan kuih-muih berdekatan rumah beliau dan gerai beliau hanya dibuka jika beliau mempunyai modal atau kesempatan masa. Selain daripada itu,  Kak Ruby hanya menggunakan kemudahn Wifi Komuniti untuk membuka facebook sahaja. Selain daripada itu, beliau tidak berani mencuba sesuatu yang baru dalam bidang perniagaan kerana tidak berani mengambil risiko.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mengenali PI Merapoh, mendaftar menjadi ahli PI, beliau membina keyakinan untuk keluar dari zon selesa beliau di rumah dengan mengaktifkan diri dengan setiap program yang dijalankan di PI kg merapoh. Diantaranya kelas usahawan, kela computer, program dashboard komuniti, program erezeki  dan sebagainya. Beliau percaya jika beliau tidak mengambil peluang yang disediakan oleh PI, dan perbaiki kemahiran diri, beliau tidak akan mampu untuk perbaiki taraf kehidupan beliau sekeluarga. Oleh itu, sepanjang pengenalan dengan petugas PI kg merapoh, beliau tidak malu untuk bertanya dan mencari ilmu baru dalam bidang usahawan dengan bagaimana cara untuk mempromosikan produk kecantikan yang beliau jual disamping mencari produk beliau sendiri untuk dijual

          Beliau juga kini semakin berani mengorak langkah dalam membuka gerai di dataral pasar merapoh dengan berniaga kuih-muih dan pisang goreng bagi menampung sara hidup bagi keluarganya memandangkan ketika ini suaminya tidak bekerja. Tambahan pula, selepas menghadiri taklimat erezeki baru baru ini, beliau mulai yakin dengan menggunakna internet dengan sebaiknya dapat membantu beliau mencari pendapatan tambahan buat keluarga. Beliau juga aktif memasarkan kuih muih jualan beliau di laman whatapps dan bersemangat dalam mempelajari tips –tips berkesan cara memasarkan produk melalui internet. Tambhan pula, beliau sudah mulai sedar kepentingan jualan di atas talian dalam mempromosikan produk jualan beliau yang boleh menjana pendapatan harian beliau dengan lebih baik. 

5

Kak Ruby (bertudung coklat) ketika sesi kelas dan bengkel penernagan MyShop di PI kg merapoh

6

Kak Ruby di gerainya yang baru dibuka 2 bulan lepas dengan memfokuskan kepada jualan kuih muih dan air minuman di dataran pasar Merapoh