PI KG MERAPOH SEBAGAI MEDAN MENCARI ILMU TAMBAHAN

Nama: Mohd Haidar Bin Suip Khan

Umur: 9 Tahun

Ahli: 2014

Latar Belakang

Mohd Haidar berumur 6 tahun ketika mendaftar menjadi ahli PI Kg Merapoh. Ketika itu, beliau tiada kemahiran dalam menggunakan computer. Ibunya yang tidak bekerja manakala ayahnya tidak tetap pekerjaan di bandar sedikit sebanyak mendorong beliau untuk mengikuti setiap kelas dan aktiviti di PI. beliau seorang yang pendiam, pemalu tetapi seorang yang mudah peramah, ceria dan suka membantu jika mengenali beliau dengan lebih rapat. Berada dalama keadaan keluarga yang mempunyai masalah kewangan memaksa Haidar tidak ke sekolah. Oleh itu, di PI Kg Merapoh banyak memberi pengetahuan dari sudut IT ketika beliau tidak dapat hadir ke sekolah.

          Sebelum menyertai kelas dan program di PI, beliau datang hanyalah untuk melayari laman web youtube untuk melihat kartun kegemaran beliau ditemani abangnya atau ibunya. Hasil dari pemerhatian, pertanyaan dan tunjuk ajar terutamnya dari petugas PI Kg Merapoh, beliau sudah mampu menaip, menggerakkan mouse dan mencari laman sesawang yang dikenhdaki. Hari demi hari, dengan minat yang tinggi dalam menuntut ilmu dan selalu hadir ke setiap program dan kelas anjran PI1M, beliau sudah mampu untuk menggunakan Microsoft Office seperti Word, Powerpoint Publisher (untuk membuat kad ucapan), serta software Paint. kini sedikit demi sedikit, beliau sudah maju setapak berbeza dari rakan-rakan seusia beliau dalam penggunaan internet dan computer. Selain daripada itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan laman web pendididkan yang interaktif seperti abcya.com, UPTOTEN dan gamestolearnenglish.com yang menbantu meningkatkan kemahiran beliau terutamanya dalam Bahasa English dan matematik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Haidar tidak tahu menggunakan computer dengan betul apabila masih belum biasa menggerakan mouse untuk klik pada butang yang sepatutnya.beliau juga hanya menjadikan PI sebagai pusat untuk melayari laman web youtube dan meminta abang atau ibunya untuk membuka rancangan kartun kesukaan beliau. Masa beliau di PI juga banyak dihabiskan untuk menonton rancangan di youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI , kini beliau mahir menggerakkan mouse dan mencari maklumat di internet. Walaupun ketika itu beliau hanya di Tadika, namun, beliau sudah mampu mengenal, menulis(menaip) dan menyebut nombor serta huruf hasil dari tunjuk ajar tidak langsung dari petugas setiap kali datang ke PI melalui pembelajaran online seperti abcya.com, gamestolearnenglish dan Youtube . beliau juga sudah mampu menggunakan Microsoft Office seperti Publisher, Powerpoint dan software Paint. Selain daripada itu, kemahiran dalam Bahasa inggeris beliau juga semakin bertambah baik kerana kehadiran dan penglibatan yang sangat baik dari beliau untuk program Kelas English bersama Sukarelawan Ecoteer

1

Haidar gembira dapat menuntut ilmu ICT di PI

 

2

Haidar gembira dapat berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain