DARI PERMAINAN ONLINE KEPADA MINAT TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT SEAWAL 8 TAHUN

Nama: Mohd Nafiz Mikael

Umur: 10 Tahun

Tahun: 2016

Latar Belakang

Mohd Nafiz Mikael berumur 8 tahun ketika mendaftar menjadi ahli PI Kg Merapoh. Sebelum itu, beliau mendaftar menjadi pelawat sahaja dan hanya datang ke PI hanya untuk mengisi masa lapang beliau di petang hari atau cuti sekolah dengan bermain games di fb sambil dipantau oleh petugas. Namun segalanya berubah setelah beliau semakin hari semakin meminati bidang teknologi setelah mendapat motivasi dan galakan daripada petugas tentang permainan online yang boleh beliau pelajari dan mencipta sendiri ‘brand’ permainan beliau di masa hadapan. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Merapoh dan mempunyai latar belakang keluarga yang amat menitikberatkan pembelajaran sedikit sebanyak memdorong nafiz untuk menerokai dunia di sekitar beliau  yang belum pernah beliau ketahui. Bermula dari itu, beliau mula terlibat dengan program serta kelas computer di PI secra aktif.

          Hasil dari kelas kemahiran computer dan program literasi digital pi1m, beliau sudah mampu untuk menggunakan Microsoft Office seperti Word, Powerpoint Publisher (untuk membuat kad  ucapan), serta software Paint.  Selain daripada itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan laman web pendididkan yang interaktif seperti abcya.com dan gamestolearnenglish.com yang menbantu meningkatkan kemahiran beliau terutamanya dalam Bahasa English dan matematik. Sejak dari itu, setiap kali masa lapang, beliau akan datnag ke PI untuk  meningkatkan kemahiran computer beliau dengan mencuba dan meningkatkan kemahiran dalam software Paint, Microsoft Office 2010 dan lain-lain. Belaiu juga tidak malu untuk bertanya pada petugas tentang ilmu computer yang boleh beliau pelajari luar dari kelas computer yang disediakan oleh pi1m setiap kali beliau menghadapi masalah . Kini sedikit demi sedikit, beliau sudah maju setapak berbeza dari rakan-rakan seusia beliau dalam penggunaan internet dan computer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nafiz tidak tahu menggunakan computer dengan betul dan selalu meminta bantuan petugas untuk membuka laman web pendidikan, abcya.com, youtube dan lain-lain. apabila masih belum biasa menggerakan mouse untuk klik pada butang yang sepatutnya beliau juga hanya menjadikan PI sebagai pusat untuk bermain permainan di facebook serta melayari laman web youtube  (dipantau oleh petugas) dan masa beliau juga banyak dihabiskan pada laman web bukan pendidikan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI , kini beliau bukan sahaja semakin mahir menggunakan komputer malahan semakin baik  dalam mencari maklumat di internet. Walaupun ketika itu beliau hanya di bersekolah rendah, namun, beliau sudah mampu menaip dan mencari maklumat lebih baik dari rakan seusia beliau. Selain itu beliau juga sudah mampu menggunakan Microsoft Office seperti Publisher, Powerpoint dan software Paint. 

1

Nafiz (hadapan) tidak pernah terlepas untuk mengikuti setiap program dan kelas yang dianjurkan oleh PI

 

2

Nafiz semakin lama semakin mahir menggunakan enjin carian google untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya