KISAH KEJAYAAN USAHAWAN PERNIAGAAN PRODUK BORONG ONLINE

Nama: Hasliza Jamaluddin

Umur: 39 Tahun

Ahli: 2013

Latar Belakang

Dahulu, Puan Hasliza Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai Kak Liza merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Kini, beliau bekerja di waktu pagi-tengahari di kedai makan berdekatan rumahnya dan waktu terluang beliau mengambil inisiatif untuk bergerak aktif dalam perniagaan online dalam mencari pendapatan tambahan buat kelaurga. Berumur 38 tahun dan mempunyai 3 orang anak tidak mematahkan semnagat beliau untuk membantu suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah. Sebelum menceburkan diri dengan kelas usahawan di PI, beliau seorang yang tidak yakin akan kebaikan kemudahan teknologi dalam kehidupan seharian serta sentisa mempunyai tanggapan negatif terhadap  kemudahan  tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau merupakan surirumah dan pernah menjual kuih di depan rumahnya namun perniagaan kecil-kecilan beliau terpaksa ditutup di atas factor kewangan. Oleh kerana itu, beliau menerima tawaran bekerja di kedai makan Kak Yah berdekatan rumahnya untuk membantu suami menampung perbelanjaan harian keluarga mereka. Beliau bermula dengan perniagaan dropship busana muslimah secara online. Kini, beliau melangkah setapak lagi dalam perniagaan beliau dengan membuka perniagaan online baru yang memfokuskan kepada penjualan produk borong.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan PI melalui kelas latihan keusahawanan yang dihadiri oleh Puan Liza secara berterusan di PI Kg.Merapoh, beliau telah banyak di dedahkan dengan ilmu-ilmu kemahiran komputer, internet, cara promosi online dan edit gambar melalui software Paint dan Microsoft Powerpoint di PI Kg Merapoh. Jika sebelum ini beliau tidak yakin akan penggunaan komputer dan internet, kini perniagaan online beliau telah mula mendapat perhatian dari pembeli di luar negara. Namun kerana kekangan kos penghantara dan risiko lain, beliau terpaksa menolak. Beliau telah mengembangkan perniagaan online beliau dengan membuka perniagaan baru yang lebih menfokuskan kepada penjualan pruduk Borong secara atas talian.  Didedahkan dengan ilmu perniagaan online yang lebih menfokuskan kepada promosi melalui media massa dan informasi tentang maklumat penghantaran, kini  Puan Liza sudah mampu berdiri untuk melangkah standing perniagaan online yang lai dengan kemahiran menggunakan computer, promosi berkesan di media sosial dan servis yang memuaskan hati para pelanggan. 

1

Kak Liza mengedit gambar produk untuk tujuan promosi

 

2

Kak Liza juga kini telah berani mencuba pelbagai aplikasi diantaranya Dashboard-MyShop yang boleh membantu beliau dalam mempromosikan produk jualan beliau