MAHIR MENGGUNAKAN KOMPUTER(ASAS) DAN INTERNET SEAWAL USIA 6 TAHUN

Nama: Nor Afifah Bt Borhan

Umur: 8 Tahun

Ahli: 2016

Latar Belakang

Nor Afifah Bt Borhan berumur 6 tahun ketika mendaftar menjadi ahli PI Kg Merapoh. Ketika itu, beliau tiada kemahiran dalam menggunakan computer. Ibunya yang bekerja sebagai petugas kebersihan di SK Teluk Gunung banyak mendorong beliau untuk mengikuti kelas dan aktiviti di PI. beliau seorang yang aktif, ceria dan banyak terlibat dengan program serta kelas computer di PI. Sebelum menyertai kelas dan program di PI, beliau datang hanyalah untuk melayari laman web youtube untuk melihat kartun kegemaran beliau. Hasil dari kelas kemahiran computer dan program literasi digital pi1m, beliau sudah mampu untuk menggunakan Microsoft Office seperti Word, Powerpoint Publisher (untuk membuat kad  ucapan), serta software Paint. kini sedikit demi sedikit, beliau sudah maju setapak berbeza dari rakan-rakan seusia beliau dalam penggunaan internet dan computer.Selain daripada itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan laman web pendididkan yang interaktif seperti abcya.com dan gamestolearnenglish.com yang menbantu meningkatkan kemahiran beliau terutamanya dalam Bahasa English dan matematik

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Afifah tidak tahu menggunakan computer dengan betul apabila masih belum biasa menggerakan mouse untuk klik pada butang yang sepatutnya.beliau juga hanya menjadikan PI sebagai pusat untuk melayari laman web youtube dan meminta petugas untuk membuka rancangan kartun kesukaan beliau. Masa beliau di PI juga banyak dihabiskan untuk menonton rancangan di youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI , kini beliau mahir menggerakkan mouse dan mencari maklumat di internet. Walaupun ketika itu beliau hanya di Tadika, namun, beliau sudah mampu mengenal, menulis(menaip) dan menyebut nombor serta huruf hasil dari tunjuk ajar tidak langsung dari petugas setiap kali datang ke PI melalui pembelajaran online seperti abcya.com, gamestolearnenglish dan Youtube . beliau juga sudah mampu menggunakan Microsoft Office seperti Publisher, Powerpoint dan software Paint. 

1

Afifah dan rakannya ketika kelas Komputer- Microsoft Publisher

3 Afifah menjadikan abcya.com dan gamestolearnenglish.com sebagai platform untuk mempelajari Bahasa English secara menyeronokkan