USAHAWAN SAMBAL BELIMBING PAHANG

Nama: Siti Fatimah Binti Md Daud

Umur: 36

Ahli: 2015

Latar Belakang

Kak noor atau nama sebenarnya Puan Siti Fatimah binti Md Daud, berumur 36 tahun, telah berumahtangga dan memiliki 4 orang anak. Beliau merupakan seorang peruncit yang mana menjual pelbagai barangan runcit harian. Beliau juga membuat sambal belimbing secara kecil-kecilan untuk dijual di sekitar kampung. Namun, segalanya berubah setelah beliau bertemu dengan petugas PI. Beliau telah menyertai kelas keusahawanan untuk belajar selok belok perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya berniaga kecil-kecilan sekitar kampung  dan pendapatan yang diperolehi lingkungan RM500 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Merapoh, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan sambal hitam belimbing beliau. Pelanggan beliau kini bukan sahaja dari sekitar kampung malah telah tersebar hingga ke negeri-negeri lain dengan hanya promosi melalui facebook. Pendapatan bulanan beliau menjual sambal hitam  mencecah RM2000 – RM3000 sebulan. Beliau juga telah mengikuti kursus pembungkusan dan pengawetan di jabatan pertanian bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti

 

ummy noor

Produk Sambal Hitam yang dikeluarkan