KEJAYAAN USAHAWAN PROGRESIF DARI RUMAH HINGGA KE GERAI MAKAN

Nama: Mas Fazliani Binti Za'ba

Umur: 34 Tahun

Ahli: 2017

Latar Belakang

Mas Fazliani atau lebih selesa dipanggil sebagai Kak Seri amat sinonim dengan menu utama jualan di gerainya iaitu Chicken Chop. Beliau telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai 2 orang. Suami beliau hanyalah bekerja sebagai buruh binaan di kampung dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Demi membantu keluarganya, Kak Seri bangkit dengan menceburi bidang perniagaan online secara dropship Produk Nurayssa dan pada yang sama beliau cuba untuk menceburi bidang perniagaan yang memfokuskan jualan makanan. Namun, segalanya berubah setelah beliau bertemu dengan petugas PI. Beliau telah menyertai kelas keusahawanan untuk belajar selok belok perniagaan secara online dan berusaha untuk.menjana pendapatan melalui pernigaan berasaskn makanan secra serius dengan memperbaiki kemahirannya dalam perniagaan dan menu hidangannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau menjadi surirumah sepenuh masa dan menjadi dropship produk Nuraysa di rumahnya. 

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Merapoh, beliau kini lebih bersemangat untuk membawa minat belaiu di dalam bidang masakan  dengan membuka perniagaan gerai makanan. Selain itu, beliau mula mempelajari menu baharu dari internet mengikut citarasa tempatan dan mula untuk mempraktikkan ilmu yang diberi oleh petugas PI dalam perniagaan, promosi dan pengurusam wang dan kewangan.

1

Kak Seri sedang mempelajari cara-cara membuat akaun perniagaan

 

3

Kak Seri mempromosikan perniagaan beliau menggunakan Facebook