LATIHAN ULANGKAJI MENGGUNAKAN LAMAN WEB PENCIL.MY DI PI1M MEMBANTU MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK

Nama: Zalikha Qistina Aliah Binti Zainal Abidin

Umur: 12 Tahun

Ahli: 2014

Latar Belakang

Zalikha Qistina berumur 12 tahun merupakan pelajar sekolah rendah kebangsaan Merapoh. Ibubapa beliau merupakan peniaga lemang di Pasar malam. Beliau sememangnya dikenali sebagai ahli PI yang rajin datang ke Pi1m setiap petang untuk membuat kerja sekolah. Namun, setelah PI dengan kerjasama pihak PENCIL.MY memperkenalkan lawan web www.pencil.my kepada pelajar sekolah rendah, beliau menjadi ahli paling aktif menggunakan laman web tersebut sebagai latihan ulangkaji di PI setiap petang. Laman web tersebut menyediakan pelbagai subjek sekolah rendah yang mana pelbagai latihan ulangkaji diberikan daripada guru-guru dari pelbagai sekolah di Malaysia. Dengan bimbingan petugas PI, beliau dapat menggunakan laman web tersebut dengan baik dan hasil keputusan peperiksaan sekolah juga meningkat.

Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan PI

beliau hanya membuat kerja sekolah di PI. Jika membuka PC di PI, hanya membuka permainan online sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI , kini beliau menghabiskan masa petang beliau dengan membuat latihan ulangkaji melalui laman web pencil.my secara online. Ini mengembirakan ibu bapa beliau kerana kini anak mereka tidak membazirkan masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah malah dengan e- pendidikan ini sangatmembantu anak mereka dari segi kemajuan akademik.

1

Adik Zalikha sedang mengulangkaji pelajaran menggunakan laman web pencil.my