Nama: Khadijah Binti Ahmad Mudaker

Pengasas : Djah Kukis

 

Mengusahakan perniagaan Djah Kukis bersama suami tercinta bermula dari rumah secara kecil –kecilan pada tahun 2015 dan dijual hanya kepada saudara serta jiran terdekat. kini produk Djah Kukis telah menembusi pasaran di seluruh negara melalui Platform Shopee, Pasaraya Econjaya, Desa Mart, U Shop dan lebih dari 10 kedai di bandar serta agent yang berdaftar.

Antara produk yang Puan Khadijah Djah Danial hasilkan ialah:
- Kuih Kapit Crispy
- Kuih Bulan
- Kuih - muih (Tart Nenas, Almond landon, Kuih Bangkit dan lain- lain)
- Kerepek Pisang
dan lain -lain

Untuk tempahan bolehlah berkunjung ke kedai DJAH KUKIS di platform Shopee :
https://shopee.com.my/solehzakaria87

USAHAWAN PEDi KG MERAPOH

MENJUAL ANAK POKOK SECARA ATAS TALIAN 

Nama: Rosila Binti Mohd Noor

Umur: 39 Tahun

Ahli: 2019

Latar belakang

Puan Rosila atau lebih dikenali sebagi Cikgu Rosila merupakan salah seorang pendidik di SK Teluk Gunung.  Dilahirkan di Kelantan dan ditukarkan ke Merapoh beberapa tahun lalu dari sebuah sekolah di Sabah tidak menyukarkan Cikgu Rosila untuk membina hubungan yang rapat bersama penduduk di Merapoh. Selain daripada tugas hakiki sebagai seorang pendidik, Cikgu Rosila mempunyai minat yang mendalam terhadap tanaman jenis pokok bunga termasuklah bunga ros jepun, bunga ati – ati , bunga 10 pagi dan lain – lain. Beliau juga turut aktif dalam aktiviti menghias kawasan di sekolah beliau dengan menanam anak pokok bunga bersama para pelajar dan guru. Oleh kerana minat beliau dalam tanaman dan bunga – bungaan, Cikgu Rosila membina sebuah taman mini bunga di halaman rumah beliau dibantu oleh suaminya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan buat beliau.. Pada permulaanya, Cikgu Rosila membina taman bunga ini hanya sekadar meluangkan masa yang lapang.. Idea untuk memulakan jualan anak – anak pokok ini tercetus apabila Cikgu Rosila menyedari bahawa rupanya  terdapat  ramai penggemar bunga  selain beliau terutamanya di kalangan sanak – saudara dan rakan – rakan yang telah tertarik kepada pokok Bunga yang  dtanam oleh beliau setiap kali berkunjung ke rumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali petugas PIK Kg Merapoh, Cikgu Rosila hanyalah membuat promosi jualan anak pokok beliau di kalangan rakan –rakannya. Beliau kemudian di masukkan di dalam Group Whatapps yang ditubuhkan oleh petugas PIK sejak 2017 yang lalu dengan memfokuskan jualan di sekitar Merapoh. Di dalam Group tersebut, beliau mula memperkenalkan lebih meluas produk tanaman bunga dan anak pokok kepada komuniti Merapoh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari bahawa jualan atas talian berkemabng pesat ketika ini, beliau telah mendaftarkan diri bagi mengikuti kelas asas Jualan atas Talian di Shopee anjuran PIK Kg Merapoh yang diadakan pada September 2020 yang lalu. Kursus asas ini memdedahkan beliau kepada cara membuat profile kedai yang menarik, cara memasukkan butiran produk jualan, gambar produk, meletakkan tetapan harga produk bersama kos-kos yang akan terlibat serta cara pembungkusan yang selamat di terima oleh pembeli. Bermula dari “zero” berkenaan jualan di Platform Shopee, beliau kini telah berjaya menambah pendapatan keluarga melebihi RM500 pada bulan. 

115823565 2642389632681420 1521883853209341088 o

Puan Rosila (tuudng corak kuning) hadir mengikuti Kelas Pemasaran atas talian di Shopee di PIK Kg Merapoh

84883389 2509478839305834 842983388783575040 o

Antara produk (anak pokok) beliau

PERNIAGAAN RUNCIT DAN SELLER ONLINE PERENCAH ODEN

Nama: Hanis Alia Binti Zulkifli

Umur: 19 Tahun

Ahli: 2020

Latar belakang

Cik Hanis merupakan peniaga dan juga pelajar yang kini mengikuti pengajian secara PJJ di Unimas berikutan Covid 19 yang melanda. Ibubapa Hanis merupakan guru dan bertanggungjawab menguruskan koperasi sekolah ketika Hanis berusia 9 tahun. Dari situ, minat Hanis terhadap perniagaan mulai bercambah kerana beliau sering membantu ibubapa beliau di sana. Usai daripada menduduki STAM, beliau mempunyai banyak kelapangan waktu dirumah. Oleh itu, ibu beliau memberi cadangan untuk beliau membuka satu perniagaan sambil menunggu keputusan ke IPTA. Oleh kerana beliau minat berniaga dan mempunyai satu lot kedai milik nenek beliau di Merapoh, Cik Hanis mengambil peluang yang ada dengan membuka Kedai Runcit atas nama Hanis Alia Enterprise. Bermodalkan RM3,000 yang diberikan oleh ibunya, Cik Hanis memulakan operasi Kedai Runcitnya pada awal tahun 2020 dengan memfokuskan kepada jualan produk – produk buatan muslim.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh kerana berlaku Pandemik Covid 19 yang tidak dijangka, amat sukar bagi Kedai Runcit Hanis beroperasi selain persaingan dengan Kedai Runcit lain yang telah lama beroperasi dan dikenali, menambah kegusaran Cik Hanis bagi menaikan jualan harian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengenali PIK Kg Merapoh, Cik Hanis mengambil peluang kemudahan yang disediakan dengan mengikuti kelas usahawan, kelas kemahiran komputer dan kelas pemasaran yang dijalankan bagi membantu dan meningkatkatkan kemahiran ICT dan keusahawanan dalam diri. Mengenali petugas PIK Kg Merapoh membantu Hanis untuk menyertai Group Whatapps Pengiklanan di sekitar Merapoh. Oleh itu, Cik Hanis menggunakan peluang ini dengan memasarkan produk-produk jualan di kedai runcit beliau kepada ahli group dimana rata-ratanya merupakan pembeli yang berpotensi. Selain itu, Cik Hanis juga menyertai kelas pemasaran di Shopee dengan memfokuskan kepada jualan perencah Oden sebagai permulaan.

Beliau juga selalu berkunjung ke PIK Kg Merapoh bagi mendapatkan bimbingan dalam urusan perniagaan seperti membuat pendaftaran kod QR di MySejahtera, cara membalut bungkusan perencah oden bagi tujuan postage kepada pembeli, cara mencetak airwaybill, cara membuat promosi dan pemasaran di shopee serta lain –lain. Dengan adanya latihan dan bimbingan yang diberikan, Cik Hanis mulai yakin untuk meneruskan perniagaan beliau di waktu Pandemik ini walaupun ketika beliau sibuk mengikuti pengajian tinggi yang telah bermula.

kelas hanis 5

Cik Hanis mendapatkan bimbingan dari petugas dalam meningkatkan kemahiran ICT dan keusahawanan 

kelas hanis

Cik Hanis berkunjung ke PIK bagi mendapatkan bimbingan dalam menguruskan pesanan yang diterima

KELAS ICT PELAJAR SPM MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI PELAJAR DALAM MENYAMBUNG PELAJARAN KE IPT

Nama: Pelajar SPM Tahun 2020

Umur: 18 Tahun

Ahli: 2020

Latar belakang

Memandangkan pembangunan yang semakin berkembang kini, kemahiran dalam teknologi maklumat amat penting dalam diri seseorang terutamanya terhadap golongan pelajar. Kebanyakan aktiviti dalam kehidupan masa kini sangat memerlukan seseorang tersebut untuk mempunyai kemahiran ICT terutamanya dalam sektor pendidikan di peringkat yang lebih tinggi seperti di IPT. Memandangkan pelajar lepasan SPM tahun 2020 yang mempunyai masa lapang yang banyak, pihak PI Kg Merapoh telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas ICT yang dikhususkan kepada pelajar SPM tahun 2020. Kelas ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam diri pelajar supaya para pelajar lebih bersedia apabila menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan pusat internet, kebanyakan pelajar sekolah khususnya pelajar SPM kurang yakin dalam penggunaan ICT. Hal ini kerana mereka kurang didedahkan dengan penggunaan ICT di sekolah. Kebanyakan dari mereka masih ramai yang tidak mahir dalam menggunakan perisian seperti Micrsoft Office. Pembelajaran ICT di makmal komputer sekolah masih belum dapat meningkatkan kemahiran ICT pelajar kerana kebiasaannya waktu pembelajaran ICT hanya diadakan seminggu sekali sahaja. Hal ini telah menjejaskan proses pembelajaran pelajar sekolah dalam bidang ICT. Tambahan lagi, kekangan masa juga merupakan faktor pelajar ini kurang pendedahan berkenaan dengan kemahiran ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti latihan dan bimbingan kelas ICT, pelajar ini semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excel. Pelajar yang mengikuti kelas ini telah semakin mahir dalam menggunakan fungsi-fungsi Microsoft Office tersebut. Tambahan lagi, kemahiran menaip mereka juga semakin meningkat memandangkan petugas PI memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menaip dengan betul. Kemahiran menaip amat penting apabila pelajar menyabung pelajaran di IPT kelak memandangkan kebanyakan tugasan dilakukan menggunakan komputer. Disamping itu, pelajar turut diajar bagaimana cara mencari sebarang maklumat dengan menggunakan enjin carian google. Teknik yang betul dalam mencari maklumat penting bagi persediaan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Kesimpulannya, melalui kelas ICT ini, tahap kemahiran ICT pelajar semakin meningkat dan mereka semakin yakin dalam menggunakan komputer.

1

Pelajar sedang mempelajari asas Microsoft Word 2010

2

Kelas Microsoft Power Point 2010

KELAS ICT PELAJAR UPSR MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN ICT PELAJAR SEKOLAH

Nama: Pelajar UPSR SK T.Gunung 2020

Umur: 12 Tahun

Latar belakang

Pada masa kini, teknologi maklumat sangat penting dalam setiap urusan bagi masyrakat terutamanya bagi golongan pelajar sekolah. Kebanyakan aktiviti dalam kehidupan masa kini sangat memerlukan seseorang tersebut untuk mempunyai kemahiran ICT terutamanya dalam sektor pembelajaran. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilakasanakan oleh kerajaan menjadikan aspek teknologi maklumat sangat diperlukan terutamanya bagi pelajar sekolah dalam aktiviti pendidikan. Memandangkan pelajar UPSR yang mempunyai masa lapang yang banyak disebabkan penutupan sekolah dan pembatalan peperiksaan UPSR tahun 2020, pihak PI Kg Merapoh telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas ICT yang dikhususkan kepada pelajar UPSR. Kelas ini adalah bertujuan untuk meningkatkan nilai tambah dalam diri pelajr iaitu kemahiran ICT supaya para pelajar UPSR dapat mengaplikasikan kemahiran tesebut apabila menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah kelak. Kelas ICT ini melibatkan pelajar UPSR dari Sekolah Kebangsaan Teluk Gunung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan pusat internet, kebanyakan pelajar sekolah kurang didedahkan dengan penggunaan ICT terutamanya dalam penggunaan komputer. Kebanyakan dari mereka masih ramai yang tidak mahir dalam menggunakan perisian seperti Micrsoft Office dan enjin carian Google. Walaupun di sekolah mereka terdapat makmal komputer, aktiviti pembelajaran ICT masih lagi kurang mencukupi kerana kemudahan di makmal tersebut masih kurang terutamanya kemudahan rangkaian internet. Hal ini telah menjejaskan proses pembelajaran pelajar sekolah dalam bidang ICT. Tambahan lagi, jarak rumah yang jauh iaitu lebih kurang 10 kilometer dari Pusat Internet juga merupakan faktor pelajar yang tinggal di Kampung Teluk Gunung sukar untuk hadir ke Pusat Internet Kampung Merapoh bagi belajar menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti latihan dan bimbingan melalui kelas ICT Pelajar UPSR, pelajar ini semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Publisher. Pelajar yang mengikuti kelas ini telah semakin mahir dalam menggunakan fungsi-fungsi Microsoft Office tersebut. Tambahan lagi, kemahiran menaip mereka juga semakin meningkat memandangkan petugas PI memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menaip dengan betul.

Disamping itu, petugas PI juga telah membantu mereka bagaimana untuk menggunakan enjin carian Google. Hal ini dapat membantu para pelajar dalam mencari maklumat terkini dan belajar secara atas talian memandangkan sekolah telah ditutup. Tambahan lagi, ia turut membantu pelajar dalam mengisi borang permohonan secara atas talian bagi kemasukan ke sekolah menengah pada tahun hadapan. Secara keseluruhannya, kelas ICT ini telah membantu para pelajar UPSR dalam meningkatkan kemahiran ICT memandangkan mereka akan masuk ke sekolah menengah kelak.

1

Pelajar sedang mempelajari asas Microsoft Word 2010

2

        Kelas Microsoft Power Point 2010