PRODUK TEMPATAN HASIL USAHAWAN-USAHAWAN  BERJAYA MERAPOH.

************************************************************************************************************************************

https://www.facebook.com/ummy.noor.

ummy noor

 

Siti Fatimah binti Daud atau dikenali sebagai kak nor merupakan usahawan sambal hitam belimbing buluh yang baru sahaja bertapak dalam industri ini. Walaupun beliau baru bertapak, namun semangat beliau untuk berjaya sangat dikagumi dan boleh dicontohi. Kesungguhan beliau mengikuti kelas di PI1M, agensi-agensi MARA,FAMA,PELADANG demi menimba ilmu berkaitan perniagaan ini membuahkan hasil apabila beliau berjaya mendapatkan keuntungan bersih RM3000 DENGAN HANYA MENJUAL PRODUK INI SECARA  ATAS TALIAN SAHAJA. Apa yang menariknya adalah semua produk dihasilkan secara tradisional dan tiada pengawet yang digunakan. Keaslian dan keenakan sambal hitam hasil tangan beliau juga bukan calang-calang kerana semakin lama semakin tinggi permintaan yang diterimanya.  Kepada yang berminat ingin mencuba atau menjadi pengedar sah beliau boleh hubungi melalui alamat facebook di atas.

************************************************************************************************************************************

https://www.facebook.com/fauzianaog

12036895 507487512744760 4271656311525341834 n

Nama Fauziana samat atau dikenali dengan panggilan popularnya fauziana sambal belimbing sememangnya cukup terkenal di kalangan peminat-peminat  sambal hitam ini. Beliau juga kini telah mengkormersilkan produk tempatan lain iaitu sambal lodek petai tempoyak yang mana kedua-dua produk ini telah mendapatkan sambutan yang amat memberangsangkan. Apa yang menjadi tarikan utamanya adalah Keaslian dan keenakan dari hasil resepi beliau sememangnya tidak dapat disangkal lagi dan cara pembuatan produk beliau adalah secara tradisional dengan dibantu oleh beberapa pekerja wanita tempatan dan tiada bahan pengawet digunakan. Beliau juga kini telah mempunyai 100 pengedar yang diedar secara atas talian dan telah memperolehi keuntungan bersih rm30,00 sebulan walaupun baru 2 tahun bertapak dalam industri ini. Kepada yang berminat untuk mencubai atau menjad pengedar beliau sila hubungi alamat facebook di atas.