Sebelum ini, PI Kg Merapoh mengambil initiative dengan menubuhkan group whatapps ‘Iklan Jualan Merapoh’ yang memfokuskan para usahawan Merapoh untuk mempromosi dan menjual produk mereka kepada komuniti Merapoh. Group Whatapps ini telah mendorong ramai usahawan terutamanya para isteri yang tidak bekerja untuk menjana pendapatan mereka melalui khidmat COD. Darpiada maklum balas yang diterima, ramai yang ingin menyertai group whatapps ini. Namun, seperti yang kita ketahui, group whatapps ini amatlah terhad untuk ahli yang ingin menyertainya dan mempunyai bebebrapa kekangan yang lain untuk para usahawan mempromosi produk mereka secra aktif. Atas permintaan ramai, Petugas PI menubuhkan Page FB ‘IKLAN JUALAN GUA MUSANG-MERAPOH-KUALA LIPIS’

Page ini bertujuan melebarkan lagi sayap perniagaan para usahwan tempatan kepada permintaan yang lebih meluas dari Gua Musang-Merapoh-Kuala lipis. Selain daripada itu, para usahawan juga dpat mempromosi produk dan khidmat mereka secara meluas lagi kepada ahli fb yang tidak terhad jumlahnya. Dengan tertubuhnya page ini dapat membangkitkan para usahawan yang tidak berani atau tidak tahu cara untuk mempromosi produk secra cepat dan berkesan.