Tarikh: 14 OKTOBER 2024
Masa: 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi: NADI Kg Merapoh
Peserta: 4 Orang
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang Program Baharu yang dilancarkan berkaitan dengan kelas kemahiran yang merangkumi Mahir Jahit , Mahir masak , Mahir gadjet , Mahir Pertanian dan Mahir Fotografi. Penganjur menerangkan tentang program dan penjadualan kelas kepada peserta.
Aktiviti
- -Peserta diberi taklimat berkenaan kursus berkait.
Mas Fazliani atau lebih selesa dipanggil sebagai Kak Seri amat sinonim dengan menu utama jualan di gerainya iaitu Chicken Chop. Beliau telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai 2 orang. Suami beliau hanyalah bekerja sebagai buruh binaan di kampung dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Demi membantu keluarganya, Kak Seri bangkit dengan menceburi bidang perniagaan online secara dropship Produk Nurayssa dan pada yang sama beliau cuba untuk menceburi bidang perniagaan yang memfokuskan jualan makanan. Namun, segalanya berubah setelah beliau bertemu dengan petugas PI. Beliau telah menyertai kelas keusahawanan untuk belajar selok belok perniagaan secara online dan berusaha untuk.menjana pendapatan melalui pernigaan berasaskn makanan secra serius dengan memperbaiki kemahirannya dalam perniagaan dan menu hidangannya.
Sebelum ini beliau menjadi surirumah sepenuh masa dan menjadi dropship produk Nuraysa di rumahnya. Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PI, Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Merapoh, beliau kini lebih bersemangat untuk membawa minat beliau di dalam bidang masakan dengan membuka perniagaan gerai makanan. Selain itu, beliau mula mempelajari menu baharu dari internet mengikut citarasa tempatan dan mula untuk mempraktikkan ilmu yang diberi oleh petugas PI dalam perniagaan, promosi dan pengurusam wang dan kewanga
http://kgmerapoh.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan#sigFreeId33537e3450
SISTERS BAKERY MERUPAKAN SALAH SATU PERNIAGAAN DARI ANAK JATI MERAPOH IAITU KAK NANI.
KAK NANI MERUPAKAN SALAH SEORANG USAHAWAN DI PI MERAPOH YANG BERMULA DARI MINAT HINGGA MAMPU MEMBUKA KEDAI KEKNYA SENDIRI.
BAGI YANG BERMINAT, SILALAH KE SISTERS BAKERY BERSEBELAHAN CALTEX MERAPOH YA :)
Sebelum ini, PI Kg Merapoh mengambil initiative dengan menubuhkan group whatapps ‘Iklan Jualan Merapoh’ yang memfokuskan para usahawan Merapoh untuk mempromosi dan menjual produk mereka kepada komuniti Merapoh. Group Whatapps ini telah mendorong ramai usahawan terutamanya para isteri yang tidak bekerja untuk menjana pendapatan mereka melalui khidmat COD. Darpiada maklum balas yang diterima, ramai yang ingin menyertai group whatapps ini. Namun, seperti yang kita ketahui, group whatapps ini amatlah terhad untuk ahli yang ingin menyertainya dan mempunyai bebebrapa kekangan yang lain untuk para usahawan mempromosi produk mereka secra aktif. Atas permintaan ramai, Petugas PI menubuhkan Page FB ‘IKLAN JUALAN GUA MUSANG-MERAPOH-KUALA LIPIS’
Page ini bertujuan melebarkan lagi sayap perniagaan para usahwan tempatan kepada permintaan yang lebih meluas dari Gua Musang-Merapoh-Kuala lipis. Selain daripada itu, para usahawan juga dpat mempromosi produk dan khidmat mereka secara meluas lagi kepada ahli fb yang tidak terhad jumlahnya. Dengan tertubuhnya page ini dapat membangkitkan para usahawan yang tidak berani atau tidak tahu cara untuk mempromosi produk secra cepat dan berkesan.
http://kgmerapoh.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan#sigFreeId9b633f6a13
Kedai Jahit Norul Huda
Pengenalan
Diusahakan oleh Norul Huda Binti Jaafar yang menjalankan perniagaan membuat baju,menjual,menyewa dan sebagainya. Beliau merupakan usahawan wanita yang masih lagi muda yang mana telah beroperasi selama 3 tahun dengan menyewa di pejabat Koperasi Kampung Merapoh. Selain menerima tempahan pelbagai jenis baju beliau juga menyediakan perkhidmatan menyewa baju pengantin,hiasan meja makan pengantin serta menjual pelbagai jenis kain, tudung,baju dan sebagainya. Beliau menjalankan peniagaan dengan hanya berbekalkan modal sendiri tanpa menerima sebarang bantuan ataupun tajaan dari pihak luar.