Tarikh: 12 Julai 2018

Tempat: Klinik Kesihatan Kg Merapoh

Anjuran: Panel Penasihat KK Merapoh

"Warga Emas Sihat Tanpa Tibi" merupakan salah satu program sehari bersama masyarakat warga emas Kampung Merapoh dan sekitarnya seperti Kampung Mentara Baru dan Kampung Teluk Gunung. Program ini dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada warga emas terhadap penyakit batuk kering atau tibi. Disamping itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program tersebut seperti senamrobik warga emas, ceramah tibi, pemeriksaan kesihatan dan jamuan hari raya. Program tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Noor Hafizan Bt. Mat Salleh iaitu Pegawai Kesihatan Daerah Lipis.