MASJID JAMEK KAMPUNG MERAPOH

Pengenalan:

Masjid Jamek Kampung Merapoh ini terletak di dalam kawasan perkampungan Merapoh dan merupakan  masjid utama yang digunakan oleh penduduk kampung Merapoh ini.

Fungsi

  • Tempat solat berjemaah
  • Solat Jumaat
  • Mengadakan majlis- majlis ilmu

Senarai Nama Imam, Bilal Dan Siak Masjid Jamek Kampung Merapoh

BIL

NAMA

JAWATAN

1

Wan Azizol Bin Wan Daud

Imam

2

Rosdi Bin Ajit

Imam

3

Omar

Bilal

4

Hussin Bin Aziz

Siak

 

PADANG  AWAM KAMPUNG MERAPOH

Pengenalan:

Padang awam ini  terletak bersebelahan dengan bangunan  PI1M kg. Merapoh yang mana  sentiasa menjadi tumpuan anak muda dan kanak-kanak pada waktu petang sama ada untuk beriadah termasuk aktiviti bermain bola sepak  sesama belia kampung. Selain itu, padang ini juga digunakan untuk aktiviti-aktiviti kampung seperti program anjuran JKKK dan lain-lain lagi.

 

 

DEWAN BELIA KAMPUNG MERAPOH

Pengenalan:

Dewan ini terletak di tengah-tengah kampung Merapoh dan ia merupakan tempat di mana penduduk menggunakan dewan ini sebagai tempat menjalankan aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung setempat seperti  mengadakan majlis jamuan makan, program-program kampung dan juga aktiviti sukan seperti badminton dan lain-lain lagi. Dewan ini juga merupakan pejabat bagi persatuan Belia kampung Merapoh yang mana segala aktiviti mereka dijalankan di dalam dewan ini.

 

GELANGGANG SUKAN PELBAGAI GUNA

Pengenalan:

Gelanggang sukan pelbagai guna ini terletak bersebelahan dewan belia kampung Merapoh. Ia merupakan kemudahan untuk penduduk kampung bagi aktiviti sukan gelanggang sepeti futsal, bola jaring dan sepak takraw yang boleh digunakan oleh penduduk kampung pada bila-bila masa dengan mendapatkan kelulusan daripada pihak penyelaras gelanggang. 

Gelanggang futsal

 

gelanggang takraw