Tarikh:    4 Mei 2018

Masa:      7.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi:    PI1M & Balairaya Kg Merapoh

Peserta:  203 Orang

Tujuan

Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada komuniti tentang maklumat palsu dan bagaimana untuk mengenalpasti menggunakan laman web sebenarnya.my disamping memberi penerangan tentang klik dengan bijak. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan laman facebook 'Menarik di Lipis' serta mempromosikan perkhidmatan PI1M kepada komuniti setempat.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh pengunjung sepanjang program ini seperti taklimat Klik Dengan Bijak, sebenarnya.my dan promosi facebook menarik di lipis. Terdapat juga pertandingan yang menawarkan hadiah menarik kepada peserta seperti Menaip dengan pantas ICT, puzzle KDB online dan dashboard komuniti. Aktivit muat turun aplikasi dashboard komuniti turut dijalankan. Tambahan lagi, terdapat juga aktiviti sampingan seperti e-waste, pertandingan mewarna, gubahan bunga, masakan berasaskan tempoyak dan pameran agensi seperti Kospen, AADK dan Fuze Ecoteer.

Gambar disini